- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pusat Latihan Teknologi 5G Pertama di Malaysia Bakal Diwujudkan di Sarawak

Must read

art-372-01

Pusat Latihan Teknologi 5G yang menawarkan kursus berkaitan pembangunan pengaturcaraan bakal diwujudkan di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

Pewujudan pusat latihan berkenaan juga bakal menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia yang memiliki pusat latihan teknologi 5G.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Tuan Haji Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman, kursus latihan dalam teknologi berkenaan akan membolehkan ia diaplikasi untuk pembangunan bandar pintar.

Jelas beliau, teknologi 5G penting bagi para pelatih, khususnya dengan mendalami dan mengadaptasi terhadap perubahan dalam menghasilkan pelbagai peranti yang lebih canggih termasuk teknologi pengecaman wajah (facial recognition).

CENTEXS berharap supaya bakat-bakat tempatan tampil membangunkan teknologi tersebut untuk tujuan pembangunan bandar pintar.

Mengulas mengenai kemasukan teknologi dari Amerika Syarikat dan China ke CENTEXS, Tuan Haji Syeed menjelaskan, ia secara tidak langsung menjadikan Kuching sebagai perantara kepada dua kuasa besar teknologi dunia tersebut.

Perkembangan tersebut juga merupakan peluang yang baik serta membolehkan CENTEXS berperanan sebagai landasan neutral bagi kedua-dua negara untuk menjalinkan kerjasama dengan Sarawak dalam kemajuan teknlogi dan pembangunan bakat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article