- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pusat Giat MARA Spaoh Beri Peluang Belia Dapatkan Kemahiran

Must read

Bekas pejabat Pertanian Spaoh kini dalam kerja-kerja diubah suai dan dinaik taraf sebagai Pusat Giat MARA dengan menggunakan peruntukkan kerajaan berjumlah RM600, 000.

Pusat GIATMARA Spaoh ini dijangka dapat menerima pengambilan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025.

Pusat GIATMARA Spaoh yang bakal beroperasi awal tahun 2025 dibangunkan dengan menggunakan peruntukkan kerajaan berjumlah RM600, 000.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas melihat ini sebagai satu usaha yang sangat penting kerana beliau mahukan para belia di Bukit Saban mengambil peluang untuk menyertai kemahiran dalam bidang-bidang ditawarkan.

Secara ringkasnya, Daerah Kecil Spaoh adalah seluas 529.12 km persegi, terletak di Bahagian Betong dan mempunyai empat (4) kawasan di bawah pentadbirannya.

Jumlah penduduk di Daerah Kecil Spaoh ialah seramai 19,614 orang yang terdiri daripada kaum Melayu (13,990 orang), Kaum Iban (5,125 orang) dan Kaum Cina (499 orang).

Majoriti penduduk di kawasan ini bekerja sebagai petani manakala selebihnya pula bekerja dalam sektor perkhidmatan awam dan berniaga.

Berbalik kepada pusat GIATMARA, ia merupakan sebuah institusi latihan peringkat akar umbi yang ditubuhkan di bawah akta syarikat dan dikenali sebagai GIATMARA Sendirian Berhad.

Taklimat mengenai proses pengubahsuaian dan naik taraf bangunan Pusat GIATMARA di Pejabat Daerah Kecil Spaoh di Betong

Pentadbiran GIATMARA diletak di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran.

Ini adalah sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Sambutan dan permintaan tinggi terhadap program GIATMARA menyebabkan GIATMARA berkembang pesat dari segi bilangan dan program yang ditawarkan.

Pada masa ini GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus di bawah 12 jenis kluster iaitu Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer dan Teknologi Maklumat (IT), Fabrik, Elektronik, Mekatronik, Kulinari, Hairdressing and Cosmetology dan Hospitaliti.

Sehubungan itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan Pusat GIATMARA di Spaoh dijangka menerima pengambilan pelajar pertamanya pada Januari 2024 dengan jumlah pengambilan pelajar yang disasarkan adalah seramai 20 orang dari Bukit Saban.

Sebagai permulaan, dua kursus akan ditawarkan iaitu elektrik dan jahitan dan terdapat kedua-dua kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk kajian elektrik.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai proses pengubahsuaian dan naik taraf bangunan di Pejabat Daerah Kecil Spaoh di Betong 19 April 2024.

Taklimat itu dikendalikan oleh Pengarah MARA Negeri iaitu Encik Abdul Halim Sarojai, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong, Encik Jason Ng dan jabatan lain yang berkaitan.

Beliau mengatakan bahawa pusat itu akan memberi peluang kepada belia yang menganggur untuk mendapatkan latihan kemahiran.

Menurut beliau, ini adalah satu usaha yang sangat penting kerana beliau mahu belia di Bukit Saban berpeluang memperoleh kemahiran dalam kedua-dua bidang yang ditawarkan ini dan lain-lain yang akan diperkenalkan pada masa hadapan.

Dengan lebih banyak aktiviti ekonomi akan datang, akan ada peluang pekerjaan dalam industri elektrik, perumahan dan pembangunan tanah untuk mereka.

Justeru, beliau berharap agar belia-belia setempat dapat memanfaatkan peluang kemudahan latihan yang ditawarkan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article