- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Harapan Untuk Kelab Pembaca RAKAN Sarawak

Must read

11 September 2007

Assalamualaikum,

Saya amat berbesar
hati untuk memberi komen dalam laman web rakan sarawak ini kerana inilah
merupakan suatu laman yang saya tertunggu-tunggu dan tercari-cari setelah
sekian lamannya.

Tuan,

Untuk pengetahuan
tuan,saya telah lama mencari suatu laman web yang mana kita sesama sarawak
boleh berkongsi bersama untuk menyatakan pendapat dan berkongsikan pengalaman. Hari
ini hati saya terbuka untuk melihat kembali laman ini setelah pihak Faradale Media
menelifon saya bertanyakan keahlian saya dan memberi saguhati berupa majalah
terus ke rumah saya.

Ini amat menyentuh
hati saya kerana ketelusan pihak Faradale Media menghubungi ahlinya yang baru
untuk bertanyakan keahlian setiap individu.

Sebenarnya pada
asasnya saya terjumpa laman web ini semasa saya ingin mencari info niaga dan
cara-cara mengurus tanaman yang baik.

Untuk makluman pihak
tuan, saya kekurangan idea dan pendapat mengenai cara-cara mengurus tanah
dengan baik. Secara tidak disengajakan, saya telah melihat laman web ini dan
saya amat tertarik kepada isi kandungan yang ingin dipaparkan kepada pengguna.

Laman web ini banyak
menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan Sarawak yang mana boleh dikongsi
pendapat dan idea mengenai isu-isu tersebut. Selama ini saya hanya menyertai
laman web dari luar negeri untuk berkongsi pendapat.

Setelah menyertai
laman web ini,saya amat berharap ramai lagi ahli kelab sarawak yang turut
menyumbang idea dan berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan sesuatu bab yang
ingin dibincangkan.

Di sini juga saya
ingin mencadangkan pihak Faradale Media dapat menyediakan suatu ruang
rakan-rakan Kelab Pembaca RAKAN Sarawak dapat berhubung terus melalui internet
dengan menyediakan ruangan chat untuk para pengguna.

Saya sudah pastinya
akan cuba untuk menyumbang idea-idea yang perlu untuk memantapkan lagi laman
web ini.Sudah pastinya juga, saya akan war-war kan kepada rakan-rakan saya
lainnya.

Saya berharap dengan
adanya banyak penyertaan dari rakan-rakan sarawak sekalian,dapat memperkukuhkan
lagi demokrasi dan semangat kekitaan antara kita.

Akhir kata dari saya,
kurangkan kontroversi,tingkatkan lagi prestasi…

Irwan Morni
SMK Sebuyau

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article