- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kontinjen Kapit Hadir Perbarisan Hari Jadi TYT

Must read


Kontinjen Bahagian Kapit bergambar di sekitar Dataran Pehin Setia Raja.



Kontinjen dalam perbarisan.

Kapit telah menghantar satu kontinjen ke Perbarisan dan Perarakan sempena Hari Jadi TYT Yang Di-Pertua Negeri Sarawak ke-86 di Mukah pada hari Sabtu lalu. Mukah ialah pusat sambutan pada tahun ini.

Kontinjen itu terdiri daripada 39 orang kakitangan awam negeri dari pelbagai agensi kerajaan negeri di sini. Mereka ialah 3 orang dari Pejabat Residen, 2 dari Pejabat Daerah, 11 dari Jabatan Tanah & Survei, 5 dari Jabatan Kerja Raya, 4 dari Majlis Daerah Kapit, 4 dari Jabatan Pertanian, 3 dari Majlis Sukan Negeri Bahagian, 2 dari Dewan Suarah, 2 dari Lembaga Sungai-sungai Sarawai, 2 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seorang dari Perbendaharaan Negeri Bahagian.

Pasukan itu diketuai atau dilatih oleh Andrew Kudual (dari Jabatan Tanah dan Survei) dan diiringi oleh Yii See Yong, pegawai tadbir di Pejabat Residen.

Sebelum ke Mukah, kontinjen itu telah menjalani latihan beberapa kali di lapangan terbang lama dan Stadium Terbuka Kapit. Mereka bertolak ke Mukah pada hari Khamis, menghadiri perbarisan pada hari Sabtu dan pulang ke sini pada hari Ahad.

Ketika di Mukah, ahli-ahli kontinjen mengambil kesempatan untuk melawat beberapa tempat menarik seperti pasar tamu, Lamin Dana (sebuah muzium dan ‘homestay’ rumah Melanau), kilang tebaloi dan kilang kuih sepit. Turut dilawati ialah Pameran Pembangunan dan Gerai-gerai Jualan yang telah diadakan sempena sambutan itu.

Ahli-ahli kontinjen melawat Lamin Dana.


Sumber: Pejabat Residen Bahagian Kapit

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article