- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

CeIO Strategic Leader Kukuhkan Integriti dan Tatakelola di Sarawak

Must read

Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) perlu menjadi strategic leader dengan mengembeling pengetahuan dan kemahiran melaksanakan strategi serampang dua mata selaku pentadbir, pegawai khidmat pelanggan, pendakwah, pemantau, penyiasat dan penguatkuasa.

Demikian tegas Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), YB Datuk Dr Juanda Jaya sewaktu merasmikan penutupan Seminar Kelestarian Integriti 2024 melibatkan Program CeIO  Siri 38 Bilangan 2 Tahun 2024.

Jelas beliau,  selaku pentadbir, CeIO yang bertanggungjawab ke atas keutuhan tadbir urus organisasi melalui gerakan tatakelola yang efektif, khususnya apabila bercakap soal reformasi institusi, dasar dan undang-undang.

Tunjang peranan kedua CeIO selaku pegawai khidmat pelanggan pula, di dalam konteks sebagai frontliner bagi segala aduan awam, khususnya yang berkaitan isu rasuah dan pelanggaran etika perlu menerima aduan ini secara terhormat; yakni dihargai dan disantuni sebagai cerminan perilaku dan integriti penjawat awam.

Pada masa yang sama, jelas beliau CeIO perlu mengambil mengambil pendekatan selaku “pendakwah” dengan harapan untuk menjentik jiwa para penjawat awam agar terdorong kepada perkara yang baik-baik sahaja.

Selain, pengawasan melalui “dakwah”, dalam diri manusia itu sendiri, menurutnya lagi manusia juga perlu pengawasan luaran dan CeIO juga berperanan sebagai pemantau terhadap pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan prosedur dalam kalangan penjawat awam.

CeIO jelasnya lagi, perlu membuat keputusan dan bertindak secara profesional. Profesionalisme inilah yang mewujudkan kewajipan dalam kalangan CeIO selaku penyiasat, yakni mengesan dan mengesahkan sebarang aduan secara telus, adil dan cekap.

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Kerajaan Sarawak, setakat ini telah berjaya menganjurkan sebanyak empat (4) siri Program CeIO secara in-house bermula dari tahun 2019 yang melibatkan seramai 198 orang peserta

Sekiranya, pada akhirnya segala usaha tetap gagal melahirkan penjawat awam yang berintegriti, CeIO hendaklah mengambil pendekatan tegas dan tiada toleransi terhadap tingkah laku tidak wajar dan menjalankan tanggungjawab selaku penguatkuasa untuk mengusul tindakan punitif yang bersesuaian.

Berkaitan dengan majlis tersebut beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh 42 peserta program kali ini yang akan menggalas harapan Kerajaan untuk meningkatkan profesionalisme dan kredibiliti selaku peneraju Unit Integriti/ Unit Integriti dan Governans di jabatan dan agensi masing-masing.

Ia juga bukti komitmen Kerajaan Sarawak secara amnya dan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS) secara khususnya, di dalam mengukuhkan nilai integriti, antiRasuah dan tatakelola di Sarawak.

Terdahulu dalam ucapan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, TPj Saiful Ezrak Bin  Arifin berkata Program CeIO merupakan antara program utama dianjurkan oleh Akademi  Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang bertujuan mempersiapkan pegawai integriti bertauliah

bagi sektor awam, GLC dan swasta.

Jelas beliau, para CeIO dilatih untuk merancang, melaksana dan memantau aktiviti berhubung peningkatan integriti dalam organisasi, menasihati pihak pengurusan dalam aspek integriti dan membantu urus setia Jawatankuasa Tata Kelola (JTK) sektor awam

Salah seorang Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 38 Bilangan 2 Tahun 2024 menerima sijil pentauliahan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), YB Datuk Dr Juanda Jaya

Bersesuaian dengan Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2009, Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Siri 1 No.1 Tahun 2011 Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah yang menetapkan semua Ketua-Ketua Jabatan agar mewujudkan Pegawai Integriti Bertauliah di Jabatan dan agensi masing-masing.

Arahan tersebut juga telah menyatakan dengan jelas bahawa pelaksana program CeIO adalah Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC), MACA dan untuk makluman semua, sehingga Jun 2024 seramai 2655 orang CeIO yang terdiri pegawai daripada sektor awam, GLC dan swasta telah dilatih.

Untuk rekod, MACA dan Kerajaan Sarawak telah berjaya menganjurkan sebanyak empat (4) siri Program CeIO secara in-house bermula dari tahun 2019 yang melibatkan seramai 198 orang peserta.

Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 yang telah berlangsung pada 8 Januari 2024 yang mana menjadi platform peluncuran Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional yang dirasmikan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Intipati arahan tersebut adalah untuk mengukuhkan usaha kerajaan dalam mewujudkan ekosistem tatakelola baik sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Di sinilah CeIO perlu memainkan peranan dan membantu ketua jabatan untuk meningkatkan amalan tatakelola baik.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article