- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

SSPA Inisiatif Untuk Tingkatkan Kualiti Perkhidmatan Awam Malaysia

Must read

Kajian mendalam telah pun bermula sejak Julai 2023 yang memfokuskan kepada  aspek kemampanan  saraan,  pembangunan organisasi dan  pengurusan  bakat.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor, Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM)  digantikan  kepada  Sistem  Saraan  Perkhidmatan  Awam  (SSPA)  berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

Fokus SSPA tertumpu kepada aspek mempertingkatkan produktiviti perkhidmatan awam, menangani   pendapatan   yang   tidak    seiring   dengan   kos    sara   hidup    serta mengukuhkan kemampanan fiskal negara.

Melalui    SSPA,    kerajaan    akan    melaksanakan     penambahbaikan    menerusi pengukuhan elemen-elemen  perkhidmatan awam  iaitu,  Pengoptimuman Sumber dan   Peningkatan   Produktiviti,   Pengurusan   dan   Pembangunan   Modal   Insan, Pengukuhan     Kepimpinan,      Pengukuhan      Tatakelola      dan      Pemerkasaan Penyampaian Perkhidmatan.

SSPA  dirangka  sebagai  satu  sistem  saraan  yang   berteraskan  kepada  aspek prestasi. Selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan  awam  dan  menjaga  kesejahteraan  pegawai,  prinsip  pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan diperkenalkan.

Pengumuman SSPA dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan mengiktiraf sumbangan penjawat awam seterusnya menjaga kebajikan mereka selari dengan perubahan semasa

Dalam   hal    ini,   melalui    aspek   mengoptimumkan    sumber   dan   peningkatan produktiviti, Kerajaan bersetuju untuk:

(i)    meningkatkan  kelayakan  masuk  minimum  ke  perkhidmatan  awam  kepada Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  atau  setara.  Seiring  dengan  peningkatan syarat lantikan ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan;

(ii)    skim  perkhidmatan  yang   mempunyai  fungsi  perkhidmatan  tidak  relevan, bertindih  dan terpencil  akan  dipindahkan  kepada  skim  perkhidmatan  lain, yang mana akan memberikan laluan kerjaya lebih baik serta mobiliti yang lebih luas kepada penyandang;

(iii)   menyeragam  dan  mengelaskan  semula  gred  jawatan  secara  menyeluruh berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan awam;

(iv)  meminda syarat lantikan bagi 17 skim perkhidmatan bagi memperoleh bakat terbaik berkhidmat dalam perkhidmatan awam selari evolusi teknologi dan dasar;

(v)  kelayakan   Sijil   Vokasional   Malaysia   (SVM)   diperluaskan   dalam  syarat lantikan bagi 26 skim perkhidmatan berkelayakan SPM; dan

(vi)   kelayakan    Diploma    Kemahiran     Malaysia    (DKM)/    Diploma     Lanjutan Kemahiran  Malaysia  (DLKM)  diperluaskan  dalam  syarat  lantikan  bagi  11 skim perkhidmatan berkelayakan diploma/ STPM, sebagai tambahan kepada dua (2) skim perkhidmatan sedia ada. Perkara ini akan memberikan peluang kepada  lebih  295,000  graduan  SVM  dan  DKM/  DLKM  sedia  ada,  dalam pasaran.

Dalam aspek pengurusan dan pembangunan bakat pula, Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik perkara-perkara berikut:

(i)   aspek  pengurusan  prestasi,  tatakelakuan  dan  pengurusan  tatatertib  bagi menangani  isu  kegagalan  tadbir  urus   pengurusan  kewangan  awam  dan pengukuhan  prosedur tatatertib yang lebih tegas  bagi  pegawai yang tidak hadir bertugas;

(ii)    pengenalan  kepada  pelaksanaan  sistem  penilaian  prestasi  tahunan  yang baharu   bagi   menggantikan   Laporan   Nilaian   Prestasi   Tahunan   (LNPT) kepada sistem MyPERFORMANCE;

(iii)  kriteria  kelayakan  Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) hanya terpakai kepada pegawai yang mencapai tahap prestasi yang memuaskan dan lulus tapisan tatatertib;

(iv)   markah  penilaian prestasi tahunan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat ditingkatkan daripada 80% kepada 85%;

(v)  markah  penilaian  prestasi  tahunan  untuk  layak  menerima  PGT  dinaikkan daripada 60% kepada 75%. Markah minimum ini juga akan digunakan untuk menentukan pegawai berprestasi rendah yang boleh dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah (Exit Policy) – penamatan perkhidmatan; dan

(vi)  pengukuhan  peranan  ketua  jabatan  dalam  organisasi  bagi  mengelakkan berlakunya kes salah laku dalam kalangan pegawai awam.

Kerajaan turut komited dalam memastikan nasib penjawat awam sentiasa terbela. Sehubungan  itu,  selaras  dengan  keprihatinan  Kerajaan,  pelarasan  gaji  akan ditetapkan seperti berikut:

(i)   pelarasan  gaji  sebanyak  15%  kepada  pegawai  Kumpulan  Pelaksana  dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan

(ii)   pelarasan   gaji   sebanyak   7%   kepada   pegawai   Kumpulan   Pengurusan Tertinggi.

Kenaikan gaji ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat

Pemberian  pelarasan  gaji   ini  akan  dilaksanakan  secara   berfasa  iaitu   pada   1 Disember  2024  bagi  Fasa  1  dan  pada  1  Januari  2026  bagi  Fasa  2. 

Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima pelarasan gaji Fasa 1 sebanyak 8% serta 7% bagi Fasa 2.

Bagi pegawai Kumpulan  Pengurusan  Tertinggi  (KPT),  pelarasan  gaji  yang  diberikan  adalah sebanyak 4% bagi Fasa 1 dan 3% bagi Fasa 2.

Kerajaan   turut   bersetuju    supaya   Gaji    Permulaan   Terendah    (GPT)   dalam Perkhidmatan  Awam  ditambah   baik  kepada   RM1,500  sebulan.   Gaji  penjawat awam  yang  sedang  berkhidmat  akan  diselaraskan  pada   1   Disember  2024, manakala penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

Dalam  usaha  untuk  meningkatkan  motivasi  kerja  Kumpulan  Pelaksana,  satu bentuk  insentif  berasaskan  prestasi  akan  diberikan  kepada  pegawai  yang  telah mencapai  tempoh  perkhidmatan  sekurang-kurangnya  enam  (6)  tahun  selepas Time-Based Kecemerlangan (TBK) ke-2. Insentif ini bersamaan dengan kadar satu (1) kenaikan gaji tahunan (KGT) gred jawatan semasa pegawai.

Manakala kemajuan kerjaya Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam juga akan ditambah baik seperti yang berikut:

(i)    Kenaikan pangkat secara one-off melibatkan pegawai Gred 41 hingga Gred 48 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) akan dilaksanakan bagi pegawai yang telah memenuhi tempoh dan kriteria yang ditetapkan. Urusan ini hanya bagi   skim    perkhidmatan   yang    kenaikan    pangkatnya    terhad   kepada kekosonganjawatan sahaja; dan

(ii)   Pengiktirafan   kepakaran   diberikan   kepada   pegawai  yang   berkelayakan sebagai  pegawai  Subject  Matter  Expert  (SME).   Inisiatif  ini  dilaksanakan melalui  urusan  pemangkuan/  kenaikan  pangkat  tanpa  kekosongan  secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dari Gred 48 hingga ke Gred Khas C. Fokus akan diberikan kepada tujuh (7) bidang tujahan baharu seperti kecerdasan buatan  (artificial intelligence  – AI),  keselamatan  siber, transformasi  digital, teknologi    makanan,    peralihan    tenaga,    persempadanan    negara    dan pengurusan bencana.

Selain itu, bagi Veteran ATM Tidak Berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak. Pertimbangan ini dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang terlibat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article