- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

CRC di HUS

Must read

Hospital Umum Sarawak (HUS) berada pada landasan yang tepat dalam merintis usaha ke arah meletakkan kedudukan Malaysia, menjadi antara hab penyelidikan klinikal dan perkhidmatan kesihatan serantau terpenting dengan pembinaan kemudahan klinikal yang komprehensif, Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) yang bernilai RM29 juta di hospital berkenaan.

Mengumumkan perkara demikian, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Ismail Marican, berkata kemudahan yang pertama seumpama tersebut di Malaysia memfokuskan kepada penyelidikan klinikal peringkat awal (fasa 1 dan fasa 2) rawatan penyakit-penyakit baru.

Jelasnya, kemudahan klinikal berkelas dunia tersebut di harap dapat mengerakkan matlamat Malaysia untuk menguasai bidang penyelidikan klinikal dan bioteknologi.

Beliau berkata demikian selepas 'Majlis Perletakan Batu Asas Tapak Pembinaan Pusat Penyelidikan Klinikal (Clinical Research Centre)' di Hospital Umum Sarawak pada 27 September 2007 yang lepas.

Dijangka siap dalam masa 2 tahun, CRC akan ditempatkan di tingkat 3 daripada bangunan 5 tingkat yang juga merupakan sebahagian usaha menaiktaraf kemudahan di hospital tersebut.

Ia akan dilengkapkan dengan kemudahan konsultasi, farmasi, makmal penyelidikan dan sistem maklumat kesihatan yang komprehensif.

Perkembangan terbaru tersebut, menurutnya dapat meletakkan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya antara destinasi pilihan dan tumpuan bagi menarik syarikat farmaseutikal dan bioteknologi antarabangsa untuk melaksanakan strategi pembangunan ubatan mereka.

Selain menyediakan Sarawak dari segi peluang-peluang ekonomi dalam sektor penyelidikan perubatan, beliau turut menambah ia turut menyediakan peluang penyelidikan dan siasatan klinikal terutamanya penyelidikan ubatan, peralatan dan rawatan baru yang menarik.

Malah jelasnya, semua penyelidikan yang dilaksanakan tersebut boleh digunakan untuk manfaat seluruh dunia.

Katanya, ini membuktikan kesungguhan Malaysia meningkatkan perkhidmatan kesihatan, yang turut berhadapan dengan persaingan terutama daripada negara Singapura dan Thailand.

Mengulas mengenai projek tersebut, ia akan dijadikan perintis kepada projek lain di Kementerian Kesihatan memandangkan belum ada kemudahan bagi menjalankan kajian klinikal fasa awal (fasa 1 dan 2) di negara ini.

Yang ada menurut beliau, ialah penyelidikan pada fasa 3 dan fasa 4, yang melibatkan 14 buah pusat penyelidikan klinikal.

Beliau turut memaklumkan bahawa CRC yang serupa (fasa awal) akan dibina di Pulau Pinang dan Johor.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article