- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Malaysia Kelapan Terbaik Dari Segi Daya Saing

Must read

Malaysia
adalah antara lapan Negara paling berdaya saing di dunia pada tahun 2007
berdasarkan statistik World Competitiveness Yearbook yang dikeluarkan oleh IMD,
sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland.


Kedudukan
ini merupakan lonjakan dua anak tangga berbanding kedudukan negera ini pada
tahun 2000.


Perkara
ini didedahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam
ucapan beliau kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan
Awam (Mappa) kelapan di Pusat
Konvenysen Antarabangsa Putrajaya pada 28 Januari 2008 yang dipetik dari
BERNAMA.


Berada
pada kedudukan di atas Malaysia ialah Amerika Syarikat (1), Kanada (2),
Australia (3), China (4), Jerman (5), Taiwan (6) dan United Kingdom (7) tetapi
mendahului negara lain termasuk Jepun dan India, daripada segi daya saing secara keseluruhan, menurut beliau lagi.


Menurut
laporan yang sama, Perdana Menteri menambah, Malaysia berada pada kedudukan keenam
daripada segi prestasi ekonomi tahun lepas, kedudukan yang dipegang sejak 2000.


Lima
negara terbaik segi prestasi ekonomi pada tahun lepas ialah Amerika Syarikat
(1), China (2), United Kingdom (3), India (4) dan Taiwan (5).


Malaysia
menduduki tempat keempat pada tahun lepas daripada segi kecekapan perniagaan,
berada di belakang Amerika Syarikat, Australia dan Kanada, berbanding tempat
ke-13 pada tahun 2000.



Statistik yang dipetik dalam laporan itu membabitkan negara-negara yang mempunyai
jumlah penduduk lebih 20 juta.


Daripada
segi kecekapan infrastruktur, Malaysia melonjak daripada tempat ke-13 tahun
2000 kepada ke-10 tahun lepas, katanya.


Menurut
Perdana Menteri lagi, walaupun Malaysia tidak lagi dikenali dengan buruh murah
berbanding dengan Vietnam, China dan India, namun Malaysia masih berdaya saing jika
kos menjalankan perniagaan di negara ini kekal rendah.


Namun
Perdana Menteri manambah bahawa kelewatan yang tidak sepatutnya boleh
menyebabkan kos membiayai perniagaan di negara ini meningkat.


Sebagai
contoh, beliau berkata masyarakat peniagaan akan mengalami kerugian besar jika
operasi peniagaan mereka tidak dapat dijalankan akibat kelewatan pengeluaran
Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun bangunan telah siap.


"Menunggu
membabitkan kos. Menunggu membuka ruang kepada rasuah," katanya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article