- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Inisiatif Pemulihan Membantu Merangsang Industri Kreatif Negara

Must read

art-398-01Sejumlah RM225 juta telah diperuntukan di bawah PENJANA bagi membantu merangsang kembali industri kreatif negara

Pelbagai inisiatif pemulihan berbentuk bantuan geran, skim, pinjaman dan pembiayaan dilaksanakan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang akan ditadbir dan diurus oleh MyCreative Ventures Sdn Bhd dan CENDANA di bawah kawal selia Kementerian Komunikasi dan Multimedia .

Inisiatif pemulihan ini dirangka khas untuk membantu industri seni, budaya, hiburan dan pementasan sama ada dalam kalangan para penggiat mahupun perniagaan berteraskan seni yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk bangkit semula dan meneruskan aktiviti kreatif mereka.

Antara inisiatif tersebut ialah bantuan Geran Pemasaran dan Promosi Digital (GPPD), Geran Acara dan Pameran Digital, Geran Filem Cereka Seni atau Festival dan Geran Sastera dan Penerbitan Buku.

Antara yang lain ialah Inisiatif Pemulihan CENDANA untuk memastikan bantuan disalurkan kepada tiga sub-sektor di bawah mandat CENDANA iaitu Seni Persembahan dan Tradisional, Seni Visual dan Muzik Independen termasuk penyertaan Kraf Tradisional.

Selain itu, Skim Padanan Pinjaman Pelaburan (SPPP) untuk drama, filem, televisyen antarabangsa, Program Gaya Hidup dan Dokumentari turut disediakan.

Bagi syarikat, perkongsian dan milikan tunggal, kerajaan telah menyediakan Pinjaman Mudah Trek Laju Industri Kreatif (PMTK) yang terdiri daripada Pinjaman Pemulihan Perniagaan Industri Kreatif (PPPK).

Sasaran PMTK adalah untuk golongan usahawan dan pengamal industri kreatif yang lebih berpengalaman dan mempunyai model perniagaan stabil yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Kerajaan turut menyediakan Pembiayaan Mikro bagi Usahawan Industri Kreatif (PMUK) untuk syarikat, perkongsian dan milikan tunggal baharu yang terjejas akibat pendemik Covid-19 dan Pembiayaan Pengantaran bagi Penerbit Kandungan Industri Kreatif (PPK) yang disasarkan untuk penerbit kandungan yang telah mendapat kontrak penerbitan.

Inisiatif terakhir ialah Program Halaju Digital yang diadakan dalam bentuk nasihat, latihan dan rangkaian agar pengamal industri kreatif dapat menggabungkan dimensi digital atau dalam talian dengan lebih baik bagi perniagaan atau aktiviti kreatif mereka dengan menggunakan geran pmasaran dan promosi digital secara lebih berkesan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article