- Advertisement -spot_img
4,803
published news
and counting

STIU Perkukuh Transformasi Perkhidmatan Awam Sarawak

Must read

Secara dasarnya, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU)  bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pemodenan dalam sistem tadbir urus perkhidmatan awam bagi memastikan sistem yang lebih efisien dan responsif.

STIU berperanan dalam memupuk budaya inovasi dalam kalangan pegawai awam, menggalakkan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.

Pengarah STIU di Jabatan Premier Sarawak, Tuan Superi bin Awang Said telah menjelaskan empat peranan penting unit tersebut dalam memperkukuh transformasi dan inovasi dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.

Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Tuan Superi bin Awang Said

Peranan pertama STIU adalah dalam Pengurusan Transformasi, yang merangkumi beberapa inisiatif penting iaitu yang pertama ialah dari aspek Perancangan dan Pengurusan Pemodenan Tadbir Urus.

Inisiatif kedua berkaitan dengan Pemantauan Pelaksanaan Inisiatif Pemodenan Tadbir Urus Perkhidmatan Awam di mana pemantauan yang teliti terhadap pelaksanaan inisiatif ini adalah kunci untuk memastikan bahawa setiap langkah dalam proses transformasi dijalankan dengan baik.

Inisiatif ketiga ialah Khidmat Rundingan Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam Sarawak manakala inisiatif keempat ialah Pengurusan Pengukuran Prestasi PANS di mana STIU turut memberi fokus kepada pengukuran prestasi bagi memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan.

Peranan kedua STIU adalah berkaitan dengan Pengurusan Inovasi yang menggariskan beberapa inisiatif iaitu yang pertama ialah Pengurusan dan Pelaksanaan Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak.

Dalam memupuk budaya inovasi ini, beliau memaklumkan sebanyak 1,153 projek ICC Peringkat Negeri (SCSICA) telah dilaksanakan dari tahun 2010 hingga 2024.

Statistik projek SCISCA yang telah dilaksanakan dari tahun 2010 hingga 2024

Manakala 979 projek telah dilaksanakan untuk Key Focus Activity 1.0 (KFA 1.0) dari tahun 2010 hingga 2019, manakala 40 projek telah dilaksanakan untuk KFA 2.0 yang telah bermula pada 2024.

Statistik projek KFA yang telah dilaksanakan sejak 2010 hingga 2024

Di bawah inisiatif Pengurusan Penganugerahan dan Pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS), STIU memberi pengiktirafan kepada individu dan agensi yang mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.

STIU juga turut memberikan nasihat dan perundingan kepada organisasi yang ingin mengimplementasikan idea-idea inovatif mereka.

Seterusnya inisiatif Pengurusan Kelestarian Penyelidikan dan Pembangunan Produk/Produk Inovasi di mana penekanan diberikan kepada penyelidikan yang berterusan untuk memastikan inovasi yang dihasilkan adalah relevan dan berdaya saing.

Inisiatif berikutnya adalah Pengurusan Idea Kreatif di mana STIU bertanggungjawab dalam mengurus dan menyaring idea-idea kreatif daripada pegawai awam bagi memastikan yang terbaik dapat direalisasikan.

Peranan STIU yang ketiga ialah dalam Pengurusan Audit di mana ia merupakan satu peranan yang sangat penting kerana ia berkait rapat dengan perancangan pelan Inspektorat inisiatif Transformasi dan Inovasi.

STIU merancang dan melaksanakan pelan audit bagi memastikan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan adalah efektif dan berfungsi.

Dari segi Khidmat Nasihat Pematuhan Tadbir Urus, STIU menyediakan panduan kepada agensi untuk mematuhi standard tadbir urus yang ditetapkan.

Pengauditan Pelaksanaan Inisiatif Transformasi dan Inovasi adalah sangat penting bagi menilai kesan dan keberkesanan setiap inisiatif yang dilaksanakan.

Peranan yang keempat adalah dalam pengurusan polisi, penyelidikan dan komunikasi korporat yang merangkumi Perancangan dan pengurusan polisi, dasar, standard berkaitan transformasi Perkhidmatan Awam Sarawak;

Pelaksanaan Amalan-amalan baik; Kajian semula peraturan dan proses kerja dan pembangunan; Penyelidikan mengenai pembangunan PANS; serta Khidmat nasihat dan rundingan.

Beliau menjelaskan perkara ini pada Seminar INTAN Public Lecture bertemakan “Facilitating Creativity and Innovation” sempena Bulan Inovasi Peringkat Sarawak yang diadakan pada 16 Oktober 2024 di Dewan Auditorium, INTAN Kampus Sarawak.

Tujuan seminar tersebut ialah untuk memberi ruang dan peluang kepada para penjawat awam menjalani sesi pembelajaran berbentuk ceramah, secara tidak langsung akan membantu jabatan serta agensi mencapai sasaran jumlah hari berkursus yang telah ditetapkan bagi penjawat awam.

Seminar ini menekankan teras daya cipta (inovasi) yang perlu diterapkan di dalam perkhidmatan awam dan seterusnya dibudayakan oleh semua penjawat awam agar penyampaian perkhidmatan awam akan sentiasa ditambah baik, secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Daya cipta atau inovasi ditakrifkan sebagai idea baharu, proses baharu, produk baharu yang merubah sesuatu menjadi lebih cekap dan menyerlahkan potensi yang belum pernah diterokai.

Daya cipta akan mewujudkan proses perubahan berterusan yang mendakap dan memperkasa kreativiti rakyat.

Justeru, Kerajaan Malaysia akan menyediakan persekitaran dan infrastruktur yang mampu merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea dan proses lebih maju.

Pada tahun lepas, Malaysia telah berada di kedudukan yang ke-36 daripada 132 negara berdasarkan Laporan Global Innovation Index (GII) Tahun 2022 yang telah dikeluarkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva, Switzerland.

Bagi negara ASEAN pula, Malaysia kekal berada di tempat kedua selepas Singapura manakala Malaysia berada di kedudukan pertama bagi dua (2) indikator iaitu High-tech exports dan Creative goods exports.

Sehubungan itu, Unit Pengurusan Kualiti & Inovasi, INTAN Kampus Sarawak mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar INTAN Public Lecture sempena Bulan Inovasi peringkat Sarawak Tahun 2024.

Inisiatif ini adalah bagi menyemarakkan budaya Inovasi di kalangan penjawat awam di Sarawak dengan menekankan kepentingan Inovasi secara ilmiah sekali gus dapat mengembangkan rasa ingin tahu dan minat dalam bidang Inovasi.

Seminar ini juga secara tidak langsung mengiktiraf dan meraikan semangat Inovasi di kalangan penjawat awam khususnya yang terlibat dalam bidang pendidikan, kejurulatihan dan kepimpinan di Sarawak.

Seterusnya, ia akan dapat memacu pemikiran kreatif dan inovatif serta pembudayaan yang berterusan sehingga akan meningkatkan produktiviti yang akan memberi manfaat kepada penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

SCSICA merupakan platform untuk penjawat awam menggilap kebolehan, keupayaan dan meningkatkan kompetensi diri berinovasi
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article