- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

SCSICA 2024 Raikan Inovasi Dan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam

Must read

Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2024 telah mempertandingkan sebanyak 12 kategori menampilkan usaha dan inovasi luar biasa daripada 50 buah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam acara berprestij ini.

Anugerah Inovasi Premier yang anugerah paling berprestij pada majlis tersebut, telah dimenangi oleh Kumpulan Bistari daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama berjumlah RM15,000.

Anugerah Inovasi SCSICA juga antara anugerah yang turut dipertandingkan, telah dimenangi oleh Kumpulan Bistari daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan bagi kategori Agensi Utama SCS.

Bagi kategori Pejabat Residen dan Daerah, Kumpulan IPOK daripada Pejabat Residen Bahagian Mukah telah muncul sebagai pemenang, manakala Kumpulan Lengkang Wijaya daripada SMK Agama Miri telah mengungguli kategori Persekutuan.

Pemenang bagi setiap kategori untuk anugerah ini telah menerima hadiah berupa wang tunai RM5,000. 

Majlis Penyampaian SCSICA pada tahun ini turut menyaksikan Kumpulan Sirius Prime daripada Majlis Bandaraya Miri berjaya membawa pulang Anugerah Kelestarian Inovasi.    

Anugerah ini adalah julung kalinya diadakan bagi meraikan pasukan yang berjaya melaksanakan projek KIK yang mampan, selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak terhadap inovasi yang memacu kelestarian.

SCSICA merupakan acara kemuncak dalam Sambutan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSIMon) yang telah bermula pada 25 September 2024 dengan tema “Kecemerlangan Penyampaian Perkhidmatan Berteraskan Integriti dan Inovasi”.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin semasa berucap menyatakan bahawa Sambutan Bulan Inovasi 2024 ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi usaha berterusan untuk memperkukuh nilai inovasi dan integriti dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam.

Sementara Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Tuan Superi bin Awang Said selaku ketua jawatankuasa SCSICA, menyatakan kepentingan pengiktirafan dan penghargaan ke atas keberhasilan projek inovasi penjawat awam yang berlandaskan nilai integriti bukan sahaja untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat, tetapi juga membina kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan.

Kumpulan Bistari dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan memenangi Anugerah Inovasi SCSICA kategori agensi Utama SCS
Kumpulan Lengkang Wijaya dari SMK Agama Miri memenangi Anugerah Inovasi SCSICA ategori agensi Persekutuan
Kumpulan IPOK dari Pejabat Residen Bahagian Mukah memenangi anugerah SCSICA kategori Pejabat Residen dan Daerah
Kumpulan Al-Qalam dari Jabatan Agama Islam Sarawak memenangi Persembahan Terbaik SCSICA 2024
Kumpulan Great Minds dari Jabatan Hutan Sarawak memenangi Anugerah Green Innovation yang ditaja oleh SAINS

Senarai Pemenang SCSICA 2024

BILANUGERAHKUMPULAN ICC
1Poster SCSIMon TerbaikJabatan Kastam Diraja Malaysia
2MCiMuhamad Isa bin Limon
3Montaj TerbaikBAZA Sarawak Forestry Corporation Bahagian Bintulu
4Persembahan TerbaikAl-Qalam Jabatan Agama Islam Sarawak
5Khas Juri SCSICAKenyalang Drone Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti
6Inovasi Hijau (Ditaja oleh SAINS)Great Minds Jabatan Hutan Sarawak
7Inovasi Digital (Sponsored by SMA)Lengkang Wijaya SMK Agama Miri
8Kelestarian Inovasi (SCS-NEXT)Sirius Prime Majlis Bandaraya Miri
9Inbovasi SCSICA (Persekutuan)Lengkang Wijaya SMK Agama Miri
10Inovasi SCSICA (Pejabat Residen dan Daerah)IPOK Pejabat Residen Bahagian Mukah
11Inovasi SCSICA (Agensi Utama SCS)Bistari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
12IInovasi Premier SarawakBistari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article