- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

Memperkasa Komuniti Melalui Berkoperasi

Must read

Koperasi ialah sebuah pertubuhan berautonomi yang anggotanya bersatu secara

sukarela bagi mencapai keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya melalui satu badan yang dimiliki secara demokratik dan terkawal.

Terutamanya di kawasan luar bandar, aktiviti berkoperasi mampu menjadi penggerak ekonomi sebagai salah satu alat untuk memberi kemudahan dan kesenangan terhadap komuniti yang terjejas.

Misalnya, anggota koperasi akan menyumbang modal untuk memulakan atau menjalankan sesuatu perniagaan. Sebahagian daripada anggota yang dilantik akan mentadbir dan menguruskan hal ehwal koperasi.

Keuntungan atau lebihan yang diperoleh dari perniagaan koperasi akan disalurkan semula kepada anggota sama ada dalam bentuk wang atau pun dalam bentuk kebajikan. Peranan koperasi bukan sahaja melibatkan pembangunan ekonomi tetapi juga meliputi pembangunan sosial bagi anggotanya.

Di Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) berperanan sebagai agensi yang bertanggungjawab memastikan modal insan koperasi sentiasa konsisten dan bersedia mendepani cabaran semasa.

Program Bicara Ilmu ‘Memperkasa Komuniti Melalui Berkoperasi’  anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak merupakan salah satu wadah untuk menjelaskan bagaimana berkoperasi mampu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat terutamanya di luar bandar dan memberi pendedahan hak dan tanggungjawab sebagai Anggota Lembaga Koperasi dan anggota koperasi.

Program yang dianjurkan di D’Sanglau Cafe & Chalet Oya Mukah, Sarawak pada 16 November 2024 (Sabtu) juga akan memberi pendedahan kepada warga koperasi khasnya di Bahagian Mukah dan kawasan sekitar berkenaan peranan IKMa Zon Sarawak di dalam pembangunan modal insan koperasi.

Oleh itu, aktiviti berkoperasi memberi impak kepada persepsi komuniti terhadap persekitaran koperasi yang membawa imej positif. Ia jelas menunjukkan kewujudan koperasi dalam sesebuah komuniti dapat membantu dalam memberi kemudahan dan kesenangan terhadap komuniti yang terjejas.

Ahli Koperasi Wanita Sut Uyut Long Bedian telah menerima Anugerah Koperasi Harapan Negeri Sarawak 2024. Sumber: Laman Facebook IKMa Zon Sarawak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article