- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Strategi Sarawak Merevolusikan Sektor Makanan dan Pertanian

Must read

Dana yang pertama seumpamanya di Malaysia, akan menjadi kuasa peneraju khusus untuk memajukan teknologi Agro Makanan, meningkatkan penyelesaian yang berdaya maju untuk keselamatan makanan, nutrisi pemakanan, dan pertumbuhan ekonomi di Sarawak.

Dana ini, diwujudkan dengan kerjasama Borneo Ventures Link (BVL) dan First Frontier Ventures (FFV), bukan sekadar dana kewangan tetapi pemangkin kepada perubahan transformatif, memperkasakan petani, usahawan tani dan inovator kita untuk mengguna pakai teknologi termaju, memperhalusi amalan mereka, dan akhirnya meningkatkan nilai keluaran pertanian

Sarawak mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan dana impak kelestarian teknologi

Penubuhan Borneo Ventures Link, sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), adalah tepat pada masanya untuk memacu transformasi sistem pengeluaran makanan untuk Sarawak.

LCDA yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan tanah dan pembangunan pertanian akan membimbing usaha dan memastikan kejayaan Dana Impak Kelestarian Agro Makanan Sarawak.

Inisiatif ini mewakili penjajaran strategik dengan visi Sarawak yang lebih luas untuk memajukan Teknologi Agro Makanan dan menangani cabaran keselamatan makanan serantau dengan berkesan.

Dana ini akan memberikan manfaat ekonomi, sosial dan alam sekitar yang besar. Dengan memanfaatkan teknologi termaju dan memupuk keusahawanan tempatan, Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan produktiviti, mengukuhkan keselamatan makanan, dan mencipta peluang ekonomi baharu, meletakkan Sarawak sebagai peneraju dalam inovasi agro makanan.

Dari sudut sosial, inisiatif tersebut menekankan pembangunan luar bandar dan pemerkasaan belia, mewujudkan laluan untuk pembangunan kemahiran dan penciptaan pekerjaan yang mampan, sekali gus menyumbang kepada kemakmuran keseluruhan komuniti kita.

Dari segi alam sekitar, ia turut memberikan tumpuan kepada mempromosi amalan yang melindungi alam sekitar dan memastikan daya maju jangka panjang sektor makanan dan pertanian Sarawak, memulihara sumber semula jadi untuk generasi akan datang.

Amalan pertanian masa hadapan perlu mengambil kira kelestarian alam dan kesan jangka panjang

Menurut Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg sewaktu merasmikan Sarawak AgriFoodTech Sustainability Impact Fund ataupun Dana Impak Kelestarian Teknologi Agro Makanan Sarawak pada 21 Ogos 2024, buat permulaan dana modal teroka akan ditubuhkan dengan kemudahan modal usaha sama.

Jelas beliau,  Kerajaan Sarawak boleh mempertimbangkan untuk menyediakan geran padanan untuk dana ini, tertakluk kepada terma dan syarat untuk dibincangkan dengan lebih lanjut.

Usaha ini juga akan melibatkan penubuhan 30 syarikat pemula yang diperbadankan dan Borneo Venture Studio  akan berfungsi sebagai hab khusus untuk memajukan penyelesaian Teknologi Agro Makanan Sarawak yang disesuaikan untuk menangani cabaran makanan dan pertanian di Sarawak sambil mengoptimumkan produktiviti dan inovasi.

Selaras dengan agenda pemodenan dan pertanian pintar yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), Kerajaan Malaysia ada menyediakan Dana Program Pembiayaan Agroteknologi MADANI (DPPAM) merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank bagi meningkatkan penggunaan agroteknologi dalam sektor agromakanan

Pendekatan Sarawak ini selari dengan dasar agromakanan negara 2021- 2030

Program kemudahan pembiayaan ini (minimum RM10,000 sehingga RM5,000,00 ) juga merupakan galakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan agroteknologi seperti Controlled Environment Agriculture, pertanian bandar (urban farming), teknologi berteraskan 4IR (Internet of Things (IoT), Artificial Intelligence) teknologi mekanisasi dan automasi serta penggunaan teknologi hijau dalam meningkatkan produktiviti ke arah keterjaminan makanan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article