- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Peringkat Zon, Mencetuskan Kreativiti dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani sempat meluangkan masa meninjau tapak pameran Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 25 Jun 2012 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama.

Pameran berkonsepkan “tanpa dinding” membawa tema ‘Green Exhibition’ julung kali diadakan adalah  format baru yang diperkenalkan pada Konvensyen KIK Peringkat Zon pada tahun ini.

Sejumlah 26 kumpulan (setelah disenarai pendek dari 46) daripada pelbagai agensi kerajaan di Sarawak telah membuat pameran hasil inovosi dan  projek KIK pada Konvesyen KIK Peringkat Zon Selatan, yang turut mempersembahkan projek KIK mereka pada 25 hingga 27 Jun 2012.

Sesi selama 3 (tiga) hari ini melengkapkan penganjuran Konvensyen KIK Peringkat Zon Tengah di Sibu pada 19-20 Jun 2012 dengan 22 buah kumpulan dan Zon Utara di Miri pada 12-13 Jun 2012 dengan  20 buah kumpulan.

Selain, pameran turut juga diperkenalkan pada tahun ini beberapa pembaharuan seperti persembahan projek diringkaskan kepada  10 minit dan pengenalan bilik VIVA (sesi  soal jawab bersemuka).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article