- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Lebih Ramai Berminat Menjadi Cikgu

Must read

Kira-kira 100 Ribu dari Lepasan SPM dan 60 Ribu Lepasan Ijazah Memohon

Kira-kira 100,008 calon daripada lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) telah memohon
menjadi guru dan
daripada kalangan pelajar-pelajar lulusan universiti KPLI terdapat kira-kira 60,000
orang yang memohon untuk mengikuti kursus perguruan.

Fakta ini didedahkan oleh Timbalan
Menteri Pelajaran II, Dato' Razali bin Ismail di Dewan Rakyat (26 Mei 2008) ketika
menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Pua Kiam Wee
yang bertanyakan
strategi kerajaan untuk menarik graduan-graduan yang
lebih bermutu untuk berkhidmat dalam bidang keguruan di negara ini..

Dato’ Razali juga menyatakan bahawa perkhidmatan perguruan juga menjanjikan
laluan kerjaya yang menarik seperti peluang kenaikan pangkat secara biasa
ataupun secara time base yang tidak dapat dalam perkhidmatan lain dan
secara fast track melalui pengiktirafan sebagai guru pakar ataupun guru
cemerlang, pengetua pakar ataupun pengetua cemerlang dan juga peningkatan
akademik menerusi program pensiswazahan dan juga peningkatan profesional melalui
latihan-latihan dalam perkhidmatan ataupun disebut sebagai CPD atau continuous
professional development.

Berhubung dengan gaji guru pula, beliau memalumkan bahawa sistem gaji guru
sama ada berkelulusan diploma ataupun ijazah adalah ditetapkan oleh pihak
berkuasa melantik iaitu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

“Tangga gaji, saya ingin sebutkan di sini bagi PPLD yakni lulusan diploma bermula
gajinya itu daripada RM1,405.71 kepada maksimumnya, ini gaji pokok, ialah
RM3,336.21. Bagi lulusan ijazah daripada RM1,695.85 kepada tertinggi
RM4,645.85. Ini adalah merupakan gaji pokok tidak termasuk emolumen yakni
insentif-insentif yang diberi,” jelas beliau.

Menurut beliau lagi, dari semasa ke semasa, Kementerian Pelajaran sentiasa
menyemak dari segi elaun dan insentif malah pada 16 Mei yang lalu sempena Hari
Guru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan enam insentif baru termasuk juga penstrukturan
semula Kementerian Pelajaran di mana guru-guru biasa yakni dalam kumpulan guru cemerlang
itu boleh meningkat sehingga kepada JUSA ‘C’.

“Ini adalah merupakan sesuatu yang cukup istimewa. Namun saya perlu sebut
di situ warga pendidikan kumpulannya adalah terlalu ramai. Di sekolah rendah
sahaja terdapat kira-kira 200,000 orang guru, di sekolah menengah 153,000. Ini jumlahnya
kira-kira 360,000 orang guru adalah merupakan satu keluarga yang cukup besar.”

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article