Pameran Perayaan 45 Tahun Sarawak Merdeka
Tahun
ini (2008) Sarawak merayakan sambutan 45 tahun kemerdekaannya melalui
pembentukan Malaysia.
Satu
pameran yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kini sedang berlangsung di
Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching sebagai salah satu aktiviti bagi
memeriahkan dan meraikan sambutan yang bersejarah ini.
Pengunjung pameran ini
akan berpeluang menyaksikan pencapaian dan kecemerlangan yang Sarawak dan
masyarakatnya kecapi sejak merdeka 45 tahun yang lalu dan pastinya manifestasi
daripada pameran ini juag untuk melahirkan serta menyuburkan rasa bangga di
kalangan rakyat Sarawak tentang pencapaian dan kecemerlangan berkenaan.
Pameran ini juga mengetengahkan pencapaian rakyat Sarawak
dalam merealisasikan model perpaduan dalam kepelbagaian.
Selain daripada itu, pameran ini juga menampilkan pilihan
dan sumbangan yang telah dibuat oleh rakyat negeri ini untuk mencapai
’gelombang pertama kemakmuran’ di samping mengetengahkan peluang-peluang yang akan
diperolehi daripada ’gelombang kedua kemakmuran’ Sarawak melalui pilihan tepat
dan kerja keras kita yang terus kita lakukan pada masa kini dan masa akan
datang.
Pameran ini dibahagikan kepada tiga bahagian pembangunan
Sarawak iaitu bahagian atau era masa lampau, masa kini dan masa hadapan
Apabila pengunjung melangkah masuk ke Stadium Perpaduan,
Petra Jaya, Kuching, mereka akan ’disambut’ oleh mural yang besar yang
memaparkan loga sambutan 45 Tahun Kemerdekaan Sarawak dan tema pameran ini
iaitu Pilihan Rakyat … Impian Kita Menjadi Kenyataan
Seterusnya
pengembaraan pengunjung dimulakan ruang pertama iaitu ruang teater yang
menayangkan video dokumentari dan klip filem pendek.
Selepas singgah
seketika di ruang ini, pengunjung disambut dengan senario kampung pada tahun
1960an yang memaparkan beberapa penel besar imej kanak-kanak pada era
berkenaan.
Seterusnya
pengunjung akan memasuki seksyen yang memaparkan elemen-elemen keagamaan di
negeri ini.
Dari situ
pengunjung akan melalui ruang Kelahiran Malaysia. Ruang seterusnya pula ialah ruang pendidikan
pada era 1960an yang antara lain memaparkan peluang-peluang pendidikan yang ada
pada peringkat awal pembentukan negeri yang masih muda ketika itu. Dari situ, pengunjung akan melalui ruang yang
memaparkan situasi ekonomi pada zaman 1960an.
Ini diikuti ruang
Hari-hari Kelam yang penuh Pergolakan yang memaparkan bagaimana pada ketika itu
pengganas komunis telah menyebabkan suasana yang tidak stabil dan kebimbaangan
di kalangan masyarakat negeri ini.
Selepas melalui
ruangan ini, pengunjung akan melangkah ke era keamanan yang mana pada ruang ini
dipaparkan usaha-usaha yag telah dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ‘Semangat
bangsa Malaysia.’
Dari ruang ini,
pengunjung seterusnya dibawakan ke Era Baru pembangunan Sarawak yang mana pada
era ini pucuk pimpinan negeri ini telah diambil alih oleh Ketua Menteri yang
baru iaitu YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang telah memperkenalkan
falsafah ‘politik pembangunan.’
Konsep ‘politik
pembangunan’ ini diketengahkan melalui beberapa ruangan pameran yang cuba
membawakan engunjung memahami falsafahnya dalam pertaliannya dengan kerajaan
Barisan Nasional, dengan sektor awam, sektor swasta dan juga masyarakat sivil.
Setelah melalui
ruangan-ruangan ‘politik pembangunan’ itu, pengunjung seterusnya memasuki
bahagian kedua pameran ini yang merangkumi perumahan, khidmat kesihatan,
pendidikan, sukan, infrastruktur, pembangunan perindustrian, pertanian,
perhutanan dan pelancongan.
Di bahagian
perhutanan dan pelancongan, dipamerkan beberapa gambar taman negara yang ada di
Sarawak.
Seterusnya
pengunjung akan melangkah ke masa hadapan iaitu bahagian yang dinamakan
’Gelombang Kedua kemakmuran’ yang mana mengetengahkan perancangan pembangunan
masa hadapan Sarawak dalam pelbagai bidang ekonomi.
Koridor Tenaga
Sarawak yang Boleh Diperbaharui (SCORE) dipaparkan di sini dengan
penerangan-penerangan ringkas tapi padat tentang peranan yang dimainkan oleh
koridor ini sebagai hub tenaga di rantau ini, lima kawasan pertumbuhannya dan
juga sepuluh industri utama yang akan dimajukan di kawasan SCORE.
Ruangan terakhir
sebelum pengunjung melangkah keluar dari pameran ini ialah ruangan interaktif
multimedia.
Di ruangan ini
juga ditempatkan ‘Galeri Rakyat.’ Di galeri ini, pengunjung boleh melekatkan
gambar yang diambil di pameran ini dan menjadi sebahagian daripada pameran 45
Tahun Sarawak Merdeka Maju Dalam Malaysia.
Pameran ini
dibuka kepada umum sejak 23 Julai 2008 sehingga 31 Ogos 2008. Pada hari bekerja, pameran ini dibuka dari jam
10 pagi hingga 5 petang. Pada hari
Sabtu, Ahad dan cuti umum, pameran ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
Pihak penganjur
juga menyediakan beberapa peraduan untuk pengunjung pameran ini dan cenderahati
turut disediakan kepada pengunjung yang melengkapkan borang maklum balas
pameran ini.
Pameran ini akan dibawakan ke Bahagian-bahagian lain
di negeri ini selepas ini bagi membolehkan masyarakat
Sarawak di luar Kuching menyaksikan pencapaian dan kecermelangan Sarawak.
of Sarawak’s Progress in Malaysia
This year, Sarawak
celebrates the 45th anniversary of its independence through the
formation of
To commemorate this
historic moment, various events have been planned throughout the year, and one
of the biggest is the exhibition that is currently being held at Stadium
Perpaduan (State Indoor Stadium) in Petra Jaya, here.
The venue may be a bit
out of the way for some people, especially those living on the other side of
the
will find it worth their effort.
The objectives of this
exhibition include showcasing the achievements of Sarawak and her people,
throughout its 45 years of independence through
pride in these achievements.
The aim is also to
present the story of Sarawakians as a model of unity in diversity and that the
State’s achievements are a result of that unity.
Apart from that, the
exhibition hopes to showcase the significance of the choices and contributions
made by the people over the years to achieve Sarawak’s “first wave of
prosperity” and to highlight the scores of possibilities that are now within
the reach of Sarawakians as they continue to make the right choices and work
hard to achieve Sarawak’s “second wave of prosperity”.
The exhibition is
divided into three main sections, which cover the past, present and future of
As visitors enter the
venue, they will be greeted by a large mural, which among other things will
feature the 45th Celebration logo and the theme of the exhibition,
which is ‘The People’s Choice…Our Dreams Fulfilled’.
As they proceed, they will enter a theatrette area, where
various documentaries would be screened, as well as excerpts of short films
produced for the exhibition.
After the theatrette, visitors will be welcomed by a Kampung
scene from the 1960s, featuring large wall panels and cut-outs of children’s
images from the era.
Then there will be a section that will focus on the role of
religion in
the spiritual development of the people also helped to shape the development of
the State.
Education will be the focus of the next section, where
displays will show the education opportunities afforded to the people of this
young nation. Then, visitors will enter an area showcasing the economic
situation in the 1960s.
The next area shows the period in
history that the exhibition calls ‘the dark days of unrest’, which shows how
communist terrorists created an atmosphere of fear and instability in the State
at that time.
As visitors leave the area of ‘unrest’ they will enter the
section displaying Sarawak’s aim of strengthening the ‘Bangsa
spirit; when nation-building began in earnest.
The following section is called ‘A new era begins’, which
essentially marks the beginning of the era under the leadership of Chief
Minister Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud and the introduction of his
philosophy of ‘Politics of Development’.
The concept of Politics of Development carries on in the
next few sections of the exhibition, explaining the philosophy’s role in
relation to the Barisan Nasional government, the public sector, the private
sector and a civil society.
As visitors leave the section on Politics of Development,
they will enter the second part of the exhibition which covers topics such as
education, housing, healthcare, sports, infrastructure and industrial
development, agriculture, forestry and tourism.
In the forestry and tourism sections, there is also a
dedicated area to display photos of
national parks.
This area marks the end of part two of the exhibition, and
visitors will next enter the third and final part – called the ‘Second Wave of
Prosperity – that highlights
development plans in various economic fields.
The Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) features
prominently in this part of the exhibition; explaining its role as the energy
hub for the region; its five new ‘Growth Nodes’; and the 10 priority industries
to be focused on in the Corridor.
At the end of the exhibition, there is an interactive
multimedia area that is sure to appeal to the young and the young at heart.
In this area, visitors will also be greeted by a large wall
panel known as the ‘People’s Gallery’ where visitors can tack their photos on,
and become part of the exhibits.
The exhibition is open to the public from 23rd
July to 31st August 2008. On weekdays, it will be open from 10am to
5pm and from 10am to 5pm on Saturdays, Sundays and Public Holidays.
Various competitions have been lined up for visitors and a
souvenir will also be given to visitors who complete the feedback form.