- Advertisement -
4,900
published news
and counting

STIU Diiktiraf Sebagai MBEF Good Practice Achiever

Must read

Unit   Transformasi    dan   Inovasi   Sarawak    (STIU), Jabatan  Premier   Sarawak  (JPS) baru-baru ini  telah   menerima   pengiktirafan   sebagai Good Practice Achiever di bawah pensijilan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF).

Ia sebagai mengiktiraf usaha STIU dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan awam,   meningkatkan   produktiviti   dan    daya    saing   Kerajaan   Sarawak    melalui inisiatif transformasi serta inovasi.

Sijil     MBEF     tersebut     telah     disampaikan     semasa     sesi     kunjungan     hormat  Ketua   Pengarah   Perbadanan   Produktiviti   Malaysia   (MPC),  Encik Zahid Ismail  kepada Setiausaha   Kerajaan   Sarawak, YB Datuk  Amar   Haji   Mohamad  Abu   Bakar   Marzuki yang turut disaksikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), YBhg Datu Hii Chang Kee, Pengarah STIU, Encik Superi Awang Said.

Setiausaha Kerajaan Sarawak ketika sesi tersebut menyifatkan pengiktirafan sebagai Good Practice Achiever di bawah pensijilan MBEF adalah satu pencapaian bermakna dalam usaha STIU, JPS melaksanakan amalan kecemerlangan organisasi.   

Sesi bergambar kakitangan Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak bersama Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Encik Zahid Ismail

Perkhidmatan  Awam  Sarawak, jelas beliau  akan  terus  komited  untuk  memastikan transformasi dan inovasi menjadi asas kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan responsif.

Pada masa yang sama, jelas beliau  selain  daripada   MBEF, kaedah    pengukuran   transformasi       organisasi       yang       diamalkan       dalam Perkhidmatan Awam Sarawak seperti Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS)   dan   SCS   Scorecard   turut   mewujudkan   persaingan   sihat   di   kalangan agensi-agensi  ke  arah  penambahbaikan  secara  berterusan. 

- Advertisement -

Secara  tidak  langsung, tambah beliau  ia dapat menjamin pencapaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam  mencapai  teras  strategik  di  bawah  Strategi  Pembangunan  Pasca  COVID-19 (PCDS 2030) iaitu Ease of Doing Business.

Pengiktirafan ini mencerminkan pendekatan strategik STIU, JPS dalam memperkasakan penyampaian Perkhidmatan Awam Sarawak secara berstruktur, yang selaras dengan PCDS  2030  bertujuan  untuk  memperkukuhkan  visi  Sarawak  dalam  pembangunan mampan dan meningkatkan produktiviti.

Pada majlis yang sama, Pengarah STIU, Encik Superi Awang Said menjelaskan bahawa Malaysia Business Excellence Framework ialah rangka   kerja   yang    disesuaikan   dalam    konteks    Malaysia,   berasaskan    piawaian antarabangsa seperti Baldrige Excellence seiring dengan amalan terbaik global untuk memastikan organisasi mencapai standard tinggi.

Menurut Encik Superi pendekatan MBEF yang bersifat pengukuran prestasi secara berterusan ini sangat menitikberatkan kaedah ADLI yang berdasarkan empat elemen utama iaitu pendekatan (Approach), pelaksanaan (Deployment),pembelajaran (Learning)    dan    integrasi    (Integration)    untuk    memastikan     keberkesanan    dan kesinambungan amalan baik organisasi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article