Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah memotong riben sebagai tanda simbolik perasmian Taska Permata Perpaduan Kompleks Persekutuan Kuching pada 9 Januari 2014 di Kompleks Persekutuan Kuching.
Turut kelihatan, Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin dan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan pembangunan Keluarga Sarawak, YB Puan Rosey Binti Hj Yunus, Taska Permata Perpaduan Kompleks Persekutuan Kuching diilhamkan oleh YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin setelah mengambil kira keperluan penjawat serta dapatan kajian telah siap sepenuhnya pada 23 Disember 2013 dan mula beroperasi pada 6 Januari 2014 dan kini mempunyai seramai 25 kanak-kanak dalam lingkungan usia 2 hingga 4 tahun.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote