- Advertisement -
4,876
published news
and counting

RADDA Mencorak Masa Depan Komuniti

Must read

Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) telah menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk tempoh lima (5) tahun, dengan 87 projek yang telah dibincangkan setakat ini.

Peruntukan ini akan digunakan secara bijak mengikut sektor yang bakal memberi impak besar kepada masyarakat setempat khususnya di empat (4) kawasan parlimen iaitu Tanjung Manis, Igan, Sarikei serta Mukah dan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng, Repok, Meradong, Pakan, Meluan, Dalat, Telian dan Balingian.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA), YB Datuk Len Talif Salleh ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Datuk Len Talif Salleh ketika ditemu bual RAKAN Sarawak

Menurut beliau, antara langkah yang diambil RADDA untuk memastikan kejayaan projek-projek ini adalah melalui mesyuarat koordinasi yang melibatkan ahli jawatankuasa RADDA, ADUN terlibat, pihak kementerian, Residen bahagian Sarikei dan Mukah, agensi pelaksana, serta kakitangan yang terlibat.

RADDA memberi tumpuan kepada lima sektor utama dalam usaha membangunkan dan memperkasakan modal insan di kawasan luar bandar, iaitu:

  1. Infrastruktur:

Peningkatan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air, dan elektrik, untuk mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta meningkatkan akses kepada pendidikan, kesihatan, dan peluang ekonomi.

  • Utiliti:

Menyediakan bekalan air bersih kepada kawasan terpencil seperti melalui projek SAWAS, untuk memastikan tiada kawasan yang terpinggir dari keperluan asas ini.

  • Pertanian dan Food Basket:

Meningkatkan produktiviti pertanian dengan projek seperti pembinaan Pusat Pertanian Balingian, yang memberi sokongan kepada dasar pertanian negara dan meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar.

  • Usahawan:

Memperkasa sektor usahawan melalui projek seperti Anjung Usahawan Belawai dan Taman Perindustrian Ringan (Fasa 1), yang memberi peluang pekerjaan dan memperkukuhkan ekonomi setempat.

- Advertisement -
  • Pelancongan & Sosial:

Membangunkan projek seperti Pusat Kebajikan dan Kesejahteraan Daro, serta menambahbaik infrastruktur sosial dan kebudayaan seperti Tebingan Matu Fasa 2, yang menyumbang kepada pembangunan komuniti, pemeliharaan warisan, dan peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Melalui projek-projek ini, RADDA bukan sahaja berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar, tetapi juga memastikan bahawa setiap pembangunan yang dilaksanakan membawa manfaat yang luas dan berterusan kepada komuniti setempat.

Baca lanjut :

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article