- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Membanteras Jenayah Rasuah

Must read

Tanpa Mengira Masa

Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sarawak akan meneruskan usaha membanteras jenayah rasuah dengan mengalakkan jalinan kerjasama dengan semua pihak ke arah pembentukan rangkaian sumber yang lebih luas

Antara strategi yang diambil adalah bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan lain dan juga agensi korporat, swasta dan semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan pencegahan dan pendidikan mengenai jenayah rasuah.

BPR turut mengadakan program perkongsian bijak dengan agensi-agensi lain kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan politik, kelab, persatuan , universiti dan sekolah.

Shamsiah bte Abu Bakar yang baru memulakan tugasnya bagi mengantikan mantan Pengarah BPR Sarawak, Mohamad Yusoff Akope yang ditukarkan ke ibupejabat BPR di Putrajaya menyatakan ikrar menjadikan negeri ini sifar jenayah  rasuah menjelang 2020.

"Saya akan meneruskan perjuangan BPR yang belum selesai, dan saya berharap akan mendapat kerjasama dari semua pihak berkaitan, termasuk juga dari media, "kata Samsiah

Katanya, antara rancangan yang akan dilaksanakan adalah mendekatkan BPR dengan kaum-kaum ibu serta masyarakat di kawasan pedalaman dengan memberi pendedahan mengenai kesan buruk jenayah rasuah kepada pembangunan negara ini.

Kepada kakitangannya pula, beliau berharap kakitangannya bersedia untuk bekerja lebih masa apabila diperlukan.
Katanya, tugas anggota dan pegawai BPR pada masa sekarang tidak boleh lagi diukur pada waktu pejabat sahaja malah untuk kes tertentu turut memerlukan mereka bekerja melangkaui 24 jam  terutama untuk menjejaki suspek.

Jelasnya, ini penting bagi bagi memenuhi ekspektasi masyarakat yang semakin meningkat dalam usaha membanteras jenayah.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Gerak Mesra BPR dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2008 pada 31 Oktober 2008 yang diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara BPR dengan agensi-agensi lain berkaitan dan pihak media disamping membina semangat kerjasama di antara mereka.

Majlis tersebut menurut beliau, adalah juga merupakan satu majlis perpisahan bagi Mohamad Yusoff Akope
Pada majlis tersebut juga, beliau menyampaikan sijil penghargaan kepada pertubuhan-pertubuhan media tempatan dan beberapa individu yang telah memberi kerjasama dan bantuan dalam menjayakan siasatan kes-kes rasuah BPR di sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah BPR, YBhg Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Sumber Manusia), YBhg Datu Abdul Ghafur Shariff, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, YBhg Datu Robert Lian, Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, YB Dato' Mohammad Salleh.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article