- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Pengurangan Caruman Pekerja KWSP Kepada 8 Peratus

Must read


Kerajaan Menjangkakan Perbelanjaan Swasta Meningkat

 

Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan
caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3% selama dua tahun mulai 1
Januari 2009. Dengan penurunan ini jumlah caruman masih pada tahap munasabah
20% iaitu 12% majikan dan 8% pekerja sebagai langkah untuk menambah pendapatan
boleh guna pekerja.

 

Ini dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri pada 4 November 2008
yang lalu di parlimen sebagai antara langkah yang mampu mengurangkan kesan
kemelesetan ekonomi dunia yang semakin menghimpit kebanyakan negara,

 

“Sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman,
jumlah yang terlibat adalah RM4.8 bilion setahun. Sekiranya kita mengandaikan
bahawa hanya 50% daripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan
penggunaan swasta dijangka meningkat sebanyak RM2.4 bilion, jelas Timbalan
Perdana Menteri

 

Pada masa ini caruman majikan kepada KWSP adalah 12% manakala
caruman pekerja adalah 11%. Seorang yang berpendapatan RM2,000 akan memperoleh
pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM60 sebulan manakala seorang yang
berpendapatan RM6,000 sebulan akan memperoleh pendapatan boleh guna tambahan
sebanyak RM180 sebulan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article