- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Melonjakkan semula ekonomi dan pembangunan Sri Aman

Must read

art-429-01

art-429-02

Bahagian Sri Aman adalah sebuah kawasan pentadbiran yang telah lama wujud sejak zaman Rajah dan koloni dahulu. Namun pembangunannya seakan-akan perlahan berbanding kawasan-kawasan pentadbiran baharu seperti Bintulu yang mempunyai sumber yang banyak.

Begitu juga dengan ramai anak Sri Aman berhijrah ke tempat lain untuk mencari peluang pekerjaan, pendidikan dan sebagainya.

Sesuatu yang segera perlu dilakukan bagi melonjakkan semula ekonomi dan pembangunan Sri Aman, antaranya “suntikan” projek infrastruktur tambahan seperti jaringan Lebuh Raya Kedua.

Lebuh raya yang akan melewati Sri Aman melalui Sebuyau dan Lingga dan terus ke Roban akan memberi suntikan yang diperlukan untuk menghidupkan suasana ekonomi yang lebih “vibrant” bagi kawasan Sri Aman.

Jaminan ini diberikan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesra bersempena Ambang Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2020

Jelas Ketua Menteri, usaha-usaha untuk memajukan kawasan Sri Aman akan digemblengkan melalui sebuah perancangan induk yang dipanggil Sri Aman Development Area atau SADA yang akan melihat dari sudut pembangunan ekonominya

Tambah beliau lagi, kawasan ini berpotensi dari segi pertanian seperti tanaman padi dan nanas khususnya untuk tujuan eksport dan potensi besar  harus dimanfaat secara sistematik menggunakan teknologi dan kaedah pemasaran baharu.

Ini jelas beliau akan melengkapkan sektor pertanian yang secara keseluruhannya mendapat peruntukan RM700 juta tahun ini untuk memperkasakan bidang pertanian di Sarawak.

Kerajaan Sarawak juga sudah mempunyai pejabat perdagangan  di Singapura untuk mempromosi dan menyelaraskan kegiatan perdagangan dengan Singapura dan akan datang pejabat turut dibuka di Pontianak di Kalimantan dan di Brunei.

Sarawak, menurut beliau sekarang mengeksport ikan tilapia dari Lubok Antu, khinzir, telur ayam dan lain-lain ke Singapura.

Banyak lagi bahan makanan yang boleh dieksport ke Singapura seperti terung dayak, asalkan standard kualiti makanan Singapura yang tinggi mampu kita penuhi.

Dari segi sektor pelancongan, jelas beliau Sri Aman mempunyai potensi yang baik dengan adanya tempat-tempat seperti empangan Batang Ai, Culture and Nature Tourism bagi kawasan seperti Skrang dan Batang Lemanak, kehidupan Orangutan di Taman Negara Batang Ai, Benak Batang Lupar, kehidupan liar di kawasan paya tanah gambut seperti Taman Negara Maludam, dan lain-lain.

Pada akhirnya, beliau yakin jajaran lebuh raya yang baharu ini nanti akan membuka kawasan Sri Aman kepada aktiviti pertanian dan pelancongan secara lebih intensif.

 

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article