- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kukuh, Benar, Boleh Diharapkan dan Tidak Terjejas

Must read

Itulah Integriti

Integriti adalah asas yang harus
dijadikan amalan oleh setiap individu.
Dalam konteks perkhidmatan awam, integriti menjadi tunjang kepada usaha
kita mencapai keberkesanan dan kecekapan dalam tugas yang diamanahkan.
Sebaliknya, gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa menyebabkan kos
pembangunan menjadi lebih tinggi, projek dan program awam gagal disiapkan
mengikut jadual, pengabaian spesifikasi projek yang boleh membahayakan
keselamatan pengguna, dan menyebabkan ketidakadilan kepada semua pihak.

RAKAN Sarawak berkesempatan menemubual Haji Mustafar Haji
Ali, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia pada penghujung Ogos 2008
yang lalu. Dalam temubual ini Haji
Mustafar menerangkan konsep integriti dan penerapannya dalam kehidupan secara
yang mudah kita fahami.

Apakah definisi
integriti yang mudah difahami oleh orang keanyakan yang dapat Tuan Haji ungkapkan?

Bercakap tentang
integriti ni sebenarnya banyak yang kita boleh katakan. Definisi integriti itu
sendiri mempunyai skop yang sangat luas

Kenapa saya kata
sangat luas ni? Kita bercakap integriti bangunan, kita bercakap integriti tubuh
badan manusia, integriti sistem-sistem kehakiman misalnya, sistem pentadbiran
awam, dalam sektor pelancongan, dalam apa juga sektor. Semua dikatakan
integriti termasuk integriti tubuh badan – misalnya, sistem darah kita.

Akan tetapi kalau
kita bercakap tentang kaitan integriti dalam masyarakat, integriti dalam
perkhidmatan awam, integriti dalam sektor politik misalnya, kita sebenarnya
menjurus kepada isu apa yang didefinisikan perkataan integriti itu iaitu
seseorang individu ataupun organisasi yang boleh digunakan perkataannya, baik
perkataan, baik perilaku dia, baik juga dari segi sistem-sistem yang cuba
diaplikasikan dalam kerjanya.

Perkataan integriti
berasal daripada perkataan Latin, (integritascessanium). Bukan
bahasa orang putih pun, bukan bahasa Inggeris. Integritas.

Apakah
elemen-elemen integriti?

Terdapat empat
elemen utama dalam integriti iaitu kukuh, benar, boleh diharapkan dan tidak
terjejas.

Kenapa saya kata
empat (4) perkara itu? Sebab kalau seorang pekerja kerajaan misalnya yang
terjejas integritinya mungkin kerana rasuah, penyelewengan selalu berleluasa,
mungkin di sektor swasta juga begitu kerana adanya elemen-elemen hendak mengaut
keuntungan maka integriti mereka terjejas.

Dalam sektor swasta
sendiri pun kita katakan integriti mereka bukan saja dalam soal keuntungan,
tetapi dalam masa yang sama, mereka juga perlu dikatakan mempunyai etika dalam
perniagaan dan dalam masa yang sama perlu ada dan melaksanakan tanggungjawab
sosial mereka.

Sebelum ini saya
berkesempatan bercakap dengan sekumpulan kontraktor-kontraktor binaan dalam
industri binaan.

Apa yang saya
tekankan memang mereka berupaya untuk mencari keuntungan dalam sektor industri
itu, tetapi pastikan integriti itu dari segi amanah ikut spesifikasi kerja.

Boleh Tuan Haji
jelaskan perkaitan integriti dan perkhidmatan awam?

Dalam pelaksanaan
Pelan Integriti National (PIN) yang kita telah promosikan sejak daripada 23
April tahun 2004 dari segi pelaksanaan elemen-elemen integriti, kita sebenarnya
memperkemaskan elemen-elemen yang semangnya sedia wujud.

Saya kata kenapa
diperkemaskinikan. Lama dulu kita sebenarnya sudah ada … kita ada bersih,
cekap, amanah. Kita ada Tonggak 12. Kita ada Kepimpinan Melalui Teladan dan
lain-lain lagi. Akan tetapi persoalannya sekarang kenapa datang pula lagi Pelan
Integriti National ataupun PIN?

PIN sebenarnya
adalah sebagai satu pelengkap. Masih banyak lagi ruang untuk diperbaikkan.

Saya kata pelengkap
sebab dalam PIN diadakan berfasa dari segi pelaksanaannya.

Pertamanya kita
katakan fasa pertama daripada tahun 2004 sejak dilancarkan sampai 2008 hujung
tahun ini ataupun lebih spesifik lagi sampai 23 April tahun 2009.

Dalam pelaksanaan
fasa pertama PIN terdapat 5 sasaran keutamaan yang mana kita bercakap tentang
rasuah. Mengurangkan gejala rasuah yang selalu berleluasa penyelewengan secara
berkesan.

Untuk mendapatkan
sifar rasuah (zero corruption) adalah sukar tetapi tiada
tolerensi terhadap rasuah (zero tolerance against corruption) saya
percaya itu memang boleh.

Kemudian yang
keduanya tentang meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian awam.

Mengatasi karenah
birokrasi. Yang kedua ni kita (perkhidmatan) awam.

Kita telah
laksanakan pelbagai pendekatan dan kaedah pelaksanaan yang terbaik tetapi
masyarakat masih melihat lagi sejauh mana kecekapan kita (perkhidmatan) awam
dapat diterjemahkan dalam kerja-kerja yang dilaksanakan.

Misalnya kerajaan
telah menubuhkan PEMUDAH. PEMUDAH sektor swasta, PEMUDAH sektor awam untuk
diselaraskan/digabungkan, dibincangkan bersama untuk mempermudahkan kerja-kerja
yang dilaksanakan. Tidak ada birokrasi yang menjadi penghalang atau melambatkan
kerja.

Sebagai contoh kita
ada sekarang ini one stop centre. Dahulu sudah ada tetapi bila
diperkemaskan dengan menempatkannya di satu premis misalnya. Bermula dari awal
urusan sampai ke peringkat kelulusan yang diperolehi dibuat di satu premis. Ini
akan mempercepatkan urusan berbanding daripada kita pergi dari poin A, poin B,
Jabatan A, Jabatan B, Jabatan C. Orang rasa letih. Letih pasal apa? Menunggu
lama. Satu letih nak pergi bekejar ke sana ke mari.

Selain itu proses
mengambil masa yang lama. Itu belum lagi (selesai) isi borang. Borang
pula banyak. Bila borang banyak, orang kata nak isi borang pula meletihkan.
Jadi benda-benda begitu nak diperkemaskan.

Yang ketiganya
keutamaan kita juga tentang bagaimana tadbir urus korporat dan etika
perniagaan.

Awal tadi saya
katakan sektor swasta melibatkan keuntungan tetapi dalam masa yang sama kita
mengharapkan mereka tidak hanya semata-mata memikirkan soal untung sahaja
tetapi bagaimana mereka boleh menyumbang kepada masyarakat melalui
tanggungjawab sosial mereka … mereka perlu pulangkan juga keuntungan itu
kepada masyarakat. Jangan saja mengaut keuntungan.

Kalau sebagai
pemaju perumahan, dia boleh buat banglo di cerun-cerun bukit. Memang lagi, lagi
di cerun bukit, lagi ekslusif, lagi mahal, tetapi bila dibuat di situ, hakisan
yang terhasil ataupun pencemaran alam sekitar yang terhasil, pokok-pokok kayu,
pokok hutan yang terpaksa ditebang. Walaupun ada Environmental Impact
Accessment
(EIA) yang mengatakan cerun tidak boleh ditarah, tidak
boleh tebang pokoknya tetapi oleh kerana keuntungan yang difikirkan oleh
mereka, pemaju sering mencari alasan untuk melaksanakan juga projek-projek di
situ.

Akhirnya generasi
akan datang akan menyumpah kita … sebab apa? Kerana kita merosakkan alam
sekitar oleh kerana keuntungan pihak-pihak tertentu. Itu yang ketiga.

Yang keempatnya
kita melihat pulak integriti dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Kita lihat, baca
dan dengar di media tempatan kebelakangan ini, kita dapati terdapat
kerapuhan-kerapuhan dalam sistem kekeluargaan, dalam masyarakat.

Terdapat banyak
sebab kerapuhan-kerapuhan dalam sistem kekeluargaan. Sebagai contohnya dalam
kajian persepsi integriti national, kita ada kajian yang kita buat, integriti
national perception indeks yang dikeluarkan setiap tahun bermula tahun 2007,
tahun lepas. Kita dah bentangkan di hadapan YB Perdana Menteri dan juga pada 25
Jun yang lepas dan kita dah lancarkan pada 22 Julai oleh Tan Sri KSN.

Antara dapatan
kajian, apabila 23% misalnya keluarga tak kisah anak balik atau tidak pada
malam itu ke rumah misalnya, kita nampak masalah kerapuhan-kerapuhan dalam
kekeluargaan.

Kalau makan malam
tidak bersama keluarga, di mana mereka pada malam hari? Mungkin melepak di luar
rumah, mungkin hisap dadah dan sebagainya.

Jadi
perkara-perkara ini kita melihatkan adanya elemen-elemen kerapuhan-kerapuhan
dalam kekeluargaan.

Tentang masyarakat
pula, sejauh mana masyarakat melihatkan integriti ini sebagai satu komponen
penting yang mereka perlu juga
perjuangkan bersama-sama. Itu sasaran keempat.

Yang kelima, yang
lebih luas lagi, tentang meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan
masyarakat.

Kalau kita sebut
tentang aspek ini, aspeknya sangat luas. Soal kadar jenayah, soal termasuklah
juga isu jalan raya misalnya.

Kita lihat sejauh
mana kadar kemalangan jalan raya yang berlaku yang mana itu juga melibatkan
aspek integriti iaitu sama ada pelaksanaan undang-undang ataupun kita katakan
etika pemanduan di kalangan rakyat kita sendiri.

Malaysia dikatakan
sebagai salah sebuah negara yang agak tinggi juga dari segi kadar kemalangan
jalan raya sedangkan populasi kita tidaklah begitu banyak sangat. Setakat 27
juta lebih kurang tetapi nisbah kemalangan jalan raya dan penduduk agak tinggi.

Ini juga sebenarnya
diambil kira dalam soal pemantapan integriti.

Kita tengok jugak
satu aspek lagi tentang keganasan atau samseng sekolah-sekolah. Yang pukul,
yang bulinya. Yang samsengnya pulak macam-macam yang dilakukannya. Jadi
perkara-perkara itu kita ambil perhatian.

Dan satu lagi yang
saya kira sangat luas juga ialah dalam aspek pencemaran alam sekitar.

Sebab itu dalam
soal kualiti hidup dan alam sekitar kita, kualiti hidup dan kesejahteraan
masyarakat, aspek alam sekitar kita cuba bincangkan bersama-sama dengan
pelbagai komponen masyarakat. Jadi itulah antara lain, lima agenda keutamaan.

Saya sebut tadi
tentang integriti, tentang definisinya sikit, tentang apa yang kita cuba
terapkan.

Usaha ini bukan
usaha satu pihak sahaja tetapi ini peranan dan tanggungjawab 27 juta lebih
masyarakat Malaysia untuk melaksanakan bersama-sama.

Kita tidak boleh
nyatakan ini kerajaan yang gubal dasar ini ataupun ini idea kerajaan. Tidak.

Semua
bertanggungjawab menjayakannya dan bila ada sinergi daripada peringkat bawah ke
atas dan atas ke bawah, kedua-duanya bergabung, Insyallah kita akan dapat
lahirkan masyarakat kita yang benar-benar berintegriti.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article