- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Penggunaan Tenaga Alternatif

Must read


Kerajaan Telah Laksanakan Penyelidikan dan Pembangunan Sejak RMK7

 

Kementerian Sains, Tenaga dan Inovasi (MOSTI) telah memberi tumpuan kepada
penyelidikan dan pembangunan (R&D)
ke atas tenaga boleh diperbaharui dan alternatif sejak Rancangan
Malaysia Ketujuh lagi.

 

Ini dinyatakan oleh Timbalan
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Haji Fadillah bin Yusof di Dewan Rakyat
pada 27 November 2008 ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Rompin,
YB Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis yang ingin tahu tentang
program
dikenal pasti untuk mempergiat dan membangunkan lagi penggunaan tenaga boleh
diperbaharui termasuk nuclear berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9), apakah usahausaha Kerajaan mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam bidang
tenaga boleh diperbaharui yang merangkumi biomass, biogas, tenaga suria, angin,
hidro dan gas hidrogen.

 

Menurut Haji Fadillah lagi,
kerajaan telah menyediakan beberapa
geran penyelidikan seperti Intensifications
of
Research in Priority Areas (IRPA), ScienceFund,
TechnoFund, Commercialization of R&D Fund
(CRDF) dan Technology
Acquisitions Fund
yang mana sehingga kini MOSTI telah membiayai sebanyak
132 projek berkaitan tenaga automotif yang dijalankan oleh universiti dan
institusi pendidikan tempatan melibatkan pembiayaan sebanyak RM126,998
juta, untuk itu potensi sumber tenaga alternatif lain seperti tenaga
solar, angin dan biomass yang termasuk juga bio-diesel, bio-terma, bio-gas
dan bio-hidrogen sedang dikaji dengan giatnya. Buat masa ini juga kementerian
ini bersama Kementerian Tenaga, air dan Komunikasi dalam peringkat akhir bagi
memuktamadkan kertas cadangan untuk memajukan tenaga nuklear sebagai salah satu
option sumber tenaga di negara.

 

Beliau seterusnya menambah bahawa  untuk menerajui R&D tenaga alternatif ini kementerian telah menubuhkan pasukan
petugas tenaga boleh diperbaharui yang antara lainnya akan :

  1. mengenal pasti projek-projek R&D berpotensi yang telah dibiayai oleh MOSTI supaya
    teknologi tersebut boleh dilaksanakan secara projek perintis terutamanya
    kepada komuniti akar umbi.
  2. mengenal pasti, memupuk dan memberi khidmat nasihat
    kepada usahawan kecil dan sederhana untuk memajukan aplikasi teknologi
    sedia ada sehingga ke peringkat perintis atau pun pilot scale
    terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman dan
  3. mempertingkatkan sistem pengurusan dan perkongsian
    maklumat R&D teknologi
    tenaga diperbaharui. SIRIM sebagai sebuah agensi di bawah MOSTI juga
    sedang mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan bidang
    tenaga boleh diperbaharui dengan menandatangani perjanjian persefahaman
    dan kerjasama dengan institusi penyelidikan luar negara. Sebagai contoh
    pihak SIRIM sedang mengenal pasti teknologi kincir angin yang sesuai untuk
    digunakan di Malaysia seperti teknologi kincir angin daripada ‘Althorn’
    ‘AkronTechnology’, Rusia dan juga Suzlon Technology daripada India
    serta kemungkinan kincir angin dihibridkan dengan teknologi solar, bateri
    dan diesel.

 

Menjawab status Dasar Baru Tenaga Negara daripada YB Dato’ Dr. Haji Jamaludin, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan bahawa kajian
bagi merangka dasar dan strategi tenaga yang baru termasuk jaminan bekalan
bahan api sedang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik oleh Unit Perancang
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

 

Laporan akhir kajian dijangka disiapkan pada Oktober 2009. Di samping itu
pelan tindakan bagi pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui dan pelan
tindakan mengenai kecekapan tenaga sedang disediakan oleh Kementerian Tenaga,
Air dan Komunikasi.

 

Menjelaskan lebih lanjut tentang usaha pengkomersilan hasil R&D, YB Haji Fadillah menyatakan
bahawa usaha ini sebenatnya melibatkan beberapa perkara.

 

“Pertamanya, bahagian kajian melibatkan pakar-pakar. Keduanya ialah
bagaimana hendak bawakan kajian itu ke pasaran.”

 

“Hasil kajian awal beberapa perkara dapat digunakan sebenarnya terutamanya
di peringkat industri. Sebagai contoh dalam bidang R&D, dalam bidang alternatif tadi ialah TSH, TFB Fire
Cogeneration Plant
di Kulim yang menggunakan tandan kosong, sabut dan kulit
buah kelapa sawit yang digunakan oleh Sime Darby palm fiber dan share
fire cogeneration plant
di Kulim, Kedah. Rise High Fired Cogeneration
Plant
di Parit Buntar, Perak. Ini adalah kajian awal daripada universiti
yang diambil oleh industri untuk digunakan. Akan tetapi cabaran kita sekarang
bagaimana hendak membawa kepada peringkat rakyat keseluruhannya. Di sinilah
cabarannya sebab untuk memasarkan melibatkan kos yang besar. Oleh sebab itu,
langkah kita ialah untuk membawa hala projek ini, di mana kita menyediakan
peruntukan supaya pilot scale ini dapat kita jalankan dan diambil oleh
peringkat pasaran.”

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article