Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Joseph Entulu Anak Belaun turut sama menyertai Senam Seni 1Malaysia di Kompleks Persekutuan Kuching pada 27 Januari 2014. Turut menyertai beliau ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg. Datuk Haji Md Yahaya Basimin.
Program Senam Seni 1Malaysia ini merupakan anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, dengan tema nya kali ini “Kekal Sihat Ala Malaysia”. Program tersebut telah pun bermula pada 21 Januari 2014 dan akan diadakan secara berterusan sehingga April 2014 pada setiap hari Selasa dan Khamis.