Seiring Keperluan Industri
Seiring dengan perubahan rancak negara yang ingin mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, usaha membangunkan lebih ramai tenaga mahir amat diperlukan.
Keperluan industri yang ada kini juga pastinya berubah mengikuti peredaran semasa. Persoalannya, adakah sukatan pengajian ataupun jenis kursus yang ada kini mencapai tahap yang sepatutnya seperti dikehendaki oleh pemain industri.
Menurut Pengarah, Institut Kemahiran MARA Sarawak, Encik Mahazani Bin Ali ketika ditemui RAKAN Sarawak baru-baru ini berkata, walaupun mungkin tidak keseluruhan, mungkin terdapat sedikit penyesuaian kursus terhadap kehendak pasaran kerja dan keperluan industri.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kualiti pengajian institusi pendidikan ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai harapan masyarakat terhadap institusi pendidikan teknikal.
Menurut beliau, untuk itu jelasnya, kita (ada jawatankuasa tertentu) mendengar dan memanggil industri berkaitan dan sekiranya perlu untuk dibuat penyesuaian.
Jelas beliau, sebarang perubahan dan penyesuaian akan dilaksanakan mengikut keperluan. Tetapi yang pastinya, kita memberikan apa yang industri inginkan. Sebagai contoh, bagi industri automotif, kita mengajak pemain industri utama turut terlibat.
Tambah beliau lagi, kebiasaannya kajian semula setiap lima (5) tahun sekali dilakukan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membenarkan tidak lebih 30 peratus penyesuaian dilakukan.
Bagi memastikan kualiti pengajian dikawal setiap soalan peperiksaan dipusat di Kuala Lumpur. Malah kini semua kursus diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Dalam perkara berkaitan ketika, ketika ditanya mengenai persepsi masyarakat mengenai kemahiran teknikal, jelas Mahazani ia menunjukkan aliran (bahawa pendidikan teknikal ataupun berasaskan kemahiran) semakin meningkat.
Walau bagaimanapun, jelasnya lagi, masyarakat masih mempunyai pemikiran yang belum begitu luas mengenai potensi terhadap sesuatu kursus yang ditawarkan.
Sebagai contoh menurutnya, industri pembuatan perabot, masih dianggap sebagai industri kecil malah pemahaman definisi ‘perabot” mengikut industri yang ada kini ia sepatutnya luas termasuk mencakupi penghasilan kerusi, meja dan sebagainya.
Malah, dalam aspek kejuruteraan pula, menurut Puan Rohani Binti Ahmad (Pegawai Perhubungan Industri) terdapat pelatihnya diambil bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan yang mungkin menimbulkan persoalan kaitan antara kejuruteraan dan perubatan.
Tetapi jelas Puan Rohani, sebaliknya khidmatnya mungkin diperlukan untuk menyelenggara atau merekabentuk sesuatu instrumen mesin dalam sektor perkhidmatan kesihatan (di hospital).
Sambil menambah, katanya lagi, pernah khidmat pelatihnya diperlukan dalam bidang penyiaran untuk menyelenggara beberapa mesin dan peralatan.
Katanya lagi, skop pemikiran sedemikian haruslah dikikis memandangkan terdapat banyak lagi peluang pekerjaaan lain dengan kepelbagaian bidang malah kita turut menggalakkan mereka menjadi usahawan teknikal melalui program yang kita tawarkan.
Mengulas mengenai IKM Kuching, jelasnya institusi berkenaan menawarkan sembilan (9) kursus bertaraf sijil teknologi iaitu dengan pengambilan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu sekitar Julai dan Januari. Pengajian mengambil masa selama dua (2) tahun dan pelatih akan menjalani latihan praktikal selama enam (6) bulan pada semester keempat.
Kursus di sini lebih menjurus kepada “hands-on” dengan 60 peratus manakala 40 peratus teori, Cuma bagi kursus rekabentuk dan pembuatan perabot 80 peratus “hands-on’ manakala 20 peratus teori.
Sehingga kini, IKM Kuching telah melahirkan seramai 10,584 sejak mula diwujudkan pada tahun 1983.
Bagi meningkatkan lagi nilai tambah (value added) sijil yang dikeluarkan, Mahazani menambah, dengan usaha sama IKM Kuching dengan Suruhanjaya Tenaga, bagi membolehkan pelatih yang mengikuti kursus elektrikal mengambil ujian juru pendawaian (wireman) yang setaraf dengan sijil 3 atau 4.
Begitu juga, bagi kursus kimpalan, pelatih boleh mengambil ujian TWI (Technical Welding Inspector) dengan badan yang diiktiraf dari United Kingdom. Kedua-dua sijil tersebut diiktiraf di seluruh dunia.
Menjelas lebih lanjut peluang dan hala pendidikan seterusnya kepada pelatihnya, Mahazani menjelaskan pelatih boleh melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan diploma lanjutan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) yang terdapat di Petaling Jaya, Pasir Mas dan Balik Pulau dalam bidang teknologi maklumat, elektronik dan perkilangan.
Katanya, selain itu, pelatih juga boleh melanjutkan di UniKL (Universiti Kuala Lumpur),dibawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), dengan menawarkan pelbagai pengkhususan teknikal lanjutan antaranya dalam bidang penerbangan, bioteknologi, sains perubatan dan marin
Kursus Yang ditawarkan IKM Kuching
- SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (STAF)
- SIJIL TEKNOLOGI BANGUNAN (STBN)
- SIJIL TEKNOLOGI REKABENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT (STRIP)
- SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK DOMESTIK & INDUSTRI (STIED)
- SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK INDUSTRI (STET)
- SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN (STKN)
- SIJIL TEKNOLOGI BEKALAN AIR DAN PEMBENTUNGAN (STEP)
- SIJIL TEKNOLOGI BAIK PULIH BADAN KENDERAAN (STBK)
- SIJIL TEKNOLOGI MARITIM (STMR)
Info Ringkas IKM Kuching (setakat Sesi Januari 2009)
- Bilangan Guru : 93 Orang
- Bilangan Staf Pentadbiran : 49 Orang
- Bilangan Pelatih : Perempuan 40 Orang
Info Tambahan
Latar Belakang IKM (keseluruhan)
- Keperluan penggunaan tenaga mahir negara telah meningkat selaras dengan pembangunan negara. Bagi memenuhi permintaan ini maka pengeluaran sumber manusia yang terlatih amat diperlukan. MARA sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap kepentingan bumiputera, tidak mahu ketinggalan dalam melatih dan mengeluarkan tenaga mahir yang diperlukan. Oleh itu MARA telah menubuhkan Institut Kemahiran MARA (IKM) bagi melaksanakan program berkenaan.
- IKM mula ditubuhkan pada tahun 1968 dan sehingga kini terdapat 20 buah IKM/KKTM (12 IKM dan 8 KKTM) di seluruh Malaysia. Kursus-¬kursus yang dijalankan adalah bertahap Sijil dan Diploma sama ada Teknologi atau Kejuruteraan.
- Tempoh latihan selama 24 hingga 36 bulan. Latihan yang diberikan adalah selaras clan sejajar dengan keperluan dan permintaan industri. Pelatih akan didedahkan dengan pelbagai teknik latihan supaya keberkesanan clan matlamat latihan dapat tercapai.
Objektif
- Menambah Bilangan Guna Tenaga Mahir Bumiputera Dalam Pelbagai Bidang Dan Tahap Kemahiran Untuk Sektor Perdagangan Dan Perindustrian Di Samping Mewujudkan Sumber Bakal-Bakal Usahawan Yang Berorientasikan Kemahiran Teknikal.
Latar belakang (Sejarah IKM Kuching)
- Institut Kemahiran MARA Kuching merupakan sebuah Institut Pendidikan Teknikal yang tertua di Negeri Sarawak. Institut ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan terletak Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya yang telah dibangunkan di atas kawasan seluas 18.81 hektar.
- Mula beroperasi dengan pengambilan pelatih seramai 51 orang pada tahun 1984 dengan empat bidang kursus kemahiran ditawarkan iaitu Kursus Kerja¬kerja Paip, Kursus Menerap Bata dan Melepa, Kursus Pertukangan Kayu dan Tanggam dan Kursus Pertukangan Perabot. Seterusnya tiga lagi Kursus ditambah iaitu Kursus Kajisawat Motor, Kursus Kimpalan Gas dan Arka dan Kursus Elektrik Domestik & Industri. Dua bidang kursus lagi diperkenalkan iaitu Kursus Kursus Kajisawat Motosikal pada tahun 1988 dan Kursus Mengetuk dan Mengecat Kenderaan pada tahun 1990.
- Institut Kemahiran MARA Kuching mara setapak lagi apabila menambah beberapa Kursus iaitu Kursus Teknologi Kejuruteraan Marin (1998), Kursus Teknologi Kejuruteraan Elektronik Industri (2001) dan Kursus Penjaga Jentera Gred A1(Usahasama MARA dan Kerajaan Negeri Sarawak) pada pertengahan tahun 2003.
- Kini Institut Kemahiran MARA Kuching mempunyai 9 bidang Kursus Kemahiran Teknologi. Kini Institut Kemahiran MARA Kuching mempunyai 9 bidang Kursus Kemahiran Teknologi. Bermula dari tahun 1983 hingga 2007,seramai 12 orang Pengetua telah berkhidmat di IKM Kuching.