Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Centre for Modern Management (CMM) oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani di perkarangan bangunan CMM di KM20 Semenggok, Kuching pada 31 Januari 2014.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif CMM YBhg Tuan Haji Syeed Mohd Hussein, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) YBhg Datu Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat) dan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti YBhg Datu Dr. Penguang Manggil serta beberapa orang ketua jabatan kerajaan dan agensi negeri.