- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Bandar Sejahtera, mengimbangi keperluan pembangunan bandar dan persekitaran sihat

Must read

art-441-01

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula memperkenalkan idea dan konsep Bandar Sejahtera (yang kemudiannya diperluaskan ke pulau, kampung, komuniti, perbandaran, dan bandar mega) melalui Piagam Ottawa, yang dilancarkan pada tahun 1986 (ketika itu) untuk tindakan semua  pihak berkepentingan ketika itu  dengan sasaran  tahun 2000 dan seterusnya.

Di bawah piagam tersebut, beberapa aspek berkaitan kesihatan dan kesejahteraan di ambil kira seperti keamanan, perlindungan, pendidikan, sumber makanan, pendapatan, eko-sistem yang stabil, sumber yang mampan, keadilan sosial dan ekuiti.

Secara mudah difahami bandar sejahtera turut merangkumi sekolah yang sejahtera , tempat kerja, kemudahan penjagaan kesihatan, pasaran dan sebagainya. Secara amnya, bandar sejahtera mengambil kira keseimbangan keperluan masyarakat dengan mengaplikasikan teknologi.

Cabaran paling besarnya, ialah memastikan keberkesanannya dengan mengajak penglibatan menyeluruh semua pihak termasuk kerajaan tempatan merangkumi pelbagai agensi, penduduk setempat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan golongan akademik.

Di Sarawak, bandar raya Kuching antara peneraju konsep bandar sejahtera yang telah pun bermula se awal  tahun 1994 (setelah menerima pelawaan daripada WHO) yang kemudian memulakan projek perintis tersebut di antara tahun 1995 sehingga tahun 2000.

Ketika itu, bandar sejahtera ditakrifkan sebagai bandar yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat” bersesuaian dan seiring dengan perubahan pembangunan Sarawak.

Ciri-ciri bandar sejahtera yang diaspirasikan bagi bandar raya Kuching ketika itu merangkumi penyediaan kemudahan asas kepada semua warganya, wujudnya keharmonian di antara pelbagai kaum dan kepercayaan, menikmati kehidupan lebih selamat, terjamin dan berpatutan, mempunyai pengurusan dan sistem penyampaian yang cekap, bandar yang terancang, warga bandar raya yang bertanggungjawab, berdedikasi, berdisplin, penyayang dan cergas dan sihat.

Selain itu, menjadi sebuah bandar raya yang dinamik, bertenaga, dengan ekonomi yang berdaya tahan, mempunyai sistem pengangkutan dan maklumat yang canggih, bandar raya yang cantik, bersih dan bebas pencemaran.

Di samping itu, mempunyai kemudahan rekreasi yang mencukupi dan mudah diakses, aktiviti  budaya, seni secara aktif dipromosikan dan dihargai dan peluang-peluang pendidikan yang sedia ada.

Untuk rekod, setakat ini, bandar raya Kuching telah memperoleh beberapa anugerah daripada WHO dan ‘Alliance for Healthy Cities ’AFHC antaranya Bandaraya Sihat Yang Cemerlang (2004), Amalan Baik Bandar Raya-Bandar Raya Sihat (2005), Pembangunan Organisasi Kreatif (2006) dan Kemajuan Bandar Sihat dengan Amalan Baik (2006).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article