- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

4 Faktor Kejayaan Sesuatu Kepimpinan Cemerlang

Must read

art-446-01

Terdapat empat faktor utama yang menyumbangkan kepada kejayaan sesuatu kepimpinan iaitu faktor pertama, pengikut yang memerlukan pendekatan berbeza mengikut tahap kesesuaian pengikutnya selain pemimpin harus bijak mengenali dan mengetahui pengikutnya.

Faktor kedua iaitu pemimpin juga perlu mengetahui kekuatannya, mengenali dirinya, apa yang diketahuinya dan apa yang boleh dilakukan. Pemimpin perlu membina keyakinan kepada pengikutnya.

Faktor seterusnya, iaitu anda (pemimpin) mengetuai komunikasi dua hala dan mengekalkan hubungan dan matlamat anda dan pekerja anda.

Faktor pelengkap ialah faktor situasi, dengan menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan anda menentukan apakah tindakan yang memotivasikan dan menentukan hala tuju).

Apa yang menjadikan seseorang ingin menjadi pengikut kepada pemimpinnya? Kebanyakan mereka ingin dibimbing oleh seseorang yang mereka hormati yang mempunyai hala tuju yang jelas.

Untuk dihormati, seseorang tersebut juga perlu beretika dan ini bakal memberikan mesej dan visi yang positif untuk perkembangan organisasi pada masa hadapan.

Menurut Kouzes & Posner, 1987, usaha ke arah kejayaan kepimpinan turut menyumbang kepada kejayaan pemimpin itu sesuai dan pendekatan kepimpinan berbeza mengikut situasi tertentu disebabkan kadangkala situasi tertentu memerlukan penyelesaian yang berbeza.

Asas kepimpinan yang baik adalah ikhlas dalam melaksanakan tugas bukan sahaja di mata pihak pengurusan tetapi juga pihak pekerja yang pada akhirnya mampu memberikan kesan positif kepada organisasi.

Pemimpin yang dihormati akan fokus kepada apa pendirian mereka (kepercayaan dan karakter), apa yang mereka ketahui (pekerjaan, tugas dan keadaan seadanya) dan apa yang akan dilakukan (seperti pelaksanaan, sendiri.

Pada masa yang sama, mereka perlu “mencabar” proses yang dirasakan perlu dilakukan segera, menginspirasi visi yang dikongsi bersama, serta menjadikan visi itu mudah untuk difahami oleh pengikut atau pekerja mereka.

Di samping itu, mereka perlu diberikan peluang untuk bertindak, dengan diberikan pendekatan dan “peralatan yang bersesuaian” untuk menyelesaikan permasalahan.

Pemimpin tersebut juga hendaklah “menunjukkan arah” sekiranya berlakunya kesukaran dengan menunjukkan terlebih dahulu yang permasalahan tersebut boleh diselesaikan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article