- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Kemiskinan Bandar dan Langkah Menanganinya

Must read

KUCHING, 10 April -- Pemandangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dirakam dari udara, hari ini. Kerajaan berusaha untuk mengembalikan status negeri-negeri Borneo Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu negeri-negeri Tanah Melayu (kini Semenanjung) seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) semasa pembentukan negara ini.  Walaubagaimanapun, usaha tersebut gagal mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi di Dewan Rakyat malam tadi. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA


Di sebalik kepesatan pembangunan dan kemajuan di bandar utama seperti bandaraya Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan sebagainya, ada banyak kelompok yang terkesan dan terpaksa bergelut dengan kesusahan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Mereka adalah golongan miskin bandar yang berpendapatan rendah, tidak mampu memenuhi keperluan hidup disebabkan taraf hidup yang lebih tinggi sehingga gagal menikmati segala kemudahan yang tersedia di bandar.

Pelbagai faktor menyebabkan berlakunya kemiskin bandar antaranya faktor penghijrahan sama ada dari kawasan luar bandar atau menyeberangi sempadan antarabangsa demi merebut peluang ekonomi, pendidikan mahupun mencari kehidupan sosial yang lebih terjamin.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat disokong dengan pembangunan prasarana yang lengkap telah menjadikan bandar-bandar utama di negeri ini sebagai pusat tumpuan mereka untuk mencari pelbagai peluang pekerjaan untuk mengecapi masa depan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, peluang ekonomi yang terhad, tahap pendidikan rendah dan ketidakcukupan tempat tinggal antara lain telah menyebabkan mereka tersisih daripada pembangunan perdana yang berlaku.

Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menangani isu kemiskinan bandar ini antaranya  dengan memberi penduduk terbabit latihan dan kemahiran untuk memenuhi permintaan pekerjaan di kawasan bandar.

Selain itu, golongan berpendapatan rendah di bandar juga harus berani menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan walaupun secara kecil-kecilan untuk menjana pendapatan tambahan.

Baru-baru ini, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak telah mencadangkan struktur tadbir urus bersama agensi-agensi dan jabatan-jabatan lain melalui penubuhan Jawatankuasa Khas dalam Menangani Isu Kemiskinan Bandar (MIKB) di Sarawak.

Selain itu, Pelan Tindakan Kemiskinan Bandar melalui penyelidikan, pangkalan data dan program intervensi yang lebih terperinci oleh semua pemegang taruh juga turut dicadangkan.

Terdapat beberapa kerangka yang menjadi fokus dan strategi bagi menangani isu kemiskinan bandar di peringkat Negeri, Daerah, Bahagian dan Kampung.

Antaranya Bengkel Menangani Isu Kemiskinan Bandar di Sarawak pada Ogos 2020; Membangunkan Panduan Pengurusan Isu Kemiskinan Bandar (dengan SOP dari semua agensi dan juga rakan strategik); Membangunkan Direktori Intervensi Sosial (SID); Mewujudkan sekreteriat tetap bagi MIKB; dan Menubuhkan tadbir urus peringkat negeri dan bahagian.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article