- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Pengurusan Perlesenan DBKU

Must read


PENGURUSAN PERLESENAN

Berniaga atau menjual sesuatu barangan adalah satu daripada pekerjaan serta dapat membantu menambahkan lagi pendapatan pada seseorang peniaga atau penjaja. Seseorang penjaja perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mempunyai lesen yang sah sebelum menjalankan sesuatu perniagaan.

Bahagian Perlesenan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diberi tanggungjawab untuk mengeluarkan lesen kepada penjaja atau peniaga yang ingin menjual atau membuat sesuatu perniagaan. Seseorang peniaga atau wargakota yang ingin membuat sesuatu perniagaan perlu memohon lesen daripada Bahagian Perlesenan DBKU, Jalan Satok, Kuching di talian 082- 234654 dan 082-234657 untuk membolehkan mereka berniaga dengan sah disisi undang-undang.

Semua permohonan lesen yang diterima akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBKU untuk mendapatkan kelulusan. Setelah diluluskan, Bahagian Perlesenan bertanggungjawab untuk memastikan semua syarat yang berkaitan dipatuhi. Bahagian Perlesenan akan mengadakan sesi dialog kepada kumpulan sasaran serta membuat temuduga kepada orang ramai yang berminat.

Tindakan akan diambil terhadap penjaja yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan penjaja-penjaja yang tidak berlesen. Tindakan yang dikenakan terhadap penjaja-penjaja yang melanggar undang-undang dan penjaja yang tidak berlesen akan diambil tindakan undang-undang dengan menggunakan The Kuching Rural District Council (Licensing of Miscellaneous Occupations) By Laws, 1961 dan dibawah Kuching Municipal (Licensing of Miscellaneous Occupations) By Laws, 1961.

Antara penempatan baru yang telah dilaksanakan oleh DBKU adalah seperti:
I.  Pasar Sungai Maong
– Kawasan bersebelahan dengan Pasar Sungai Maong
– Seramai 38 orang peniaga gualan hasil hutan dan lain-lain)
2   Pusat Penjaja Semarak
– Kawasan bersebelahan dengan Klinik lbu & Anak dan Kpg. Pinang Jawa
– Seramai 40 orang peniaga Oualan hasil hutan dan lain-lain)
3.  Bandar Baru Semariang
– Seramai 75 orang peniaga aualan hasil hutan dan lain-lain)

Objektif Pengurusan Perlesenan ini adalah untuk :-

a)Menggalak dan membantu masyarakat yang berminat untuk menjalankan perniagaan terutamanya peniaga yang tidak mempunyai ternpat yang tetap.
b)Meningkatkan ekonomi melalui perniagaan
c)Membendung penjaja-penjaja dari menjalankan perniagaan tanpa kebenaran DBKU (tidak teratur)
d)Menjalankan sistem kupon harian
e)Menyediakan lebih banyak ruang dan peluang kepada penjaja untuk berniaga

DBKU menyarankan kepada semua wargakota serta orang ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan supaya mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu perniagaan demi untuk menggelakkan claripacia diambil tindakan undang-undang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article