- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

RM20 juta untuk Sekolah Baru

Must read


“Sebuah sekolah baru sedang dibina bagi menggantikan bangunan yang telah usang bagi Sekolah Kebangsaan Nanga Ajau di sini” demikian dinyatakan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang  Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika berucap di majlis perasmian Sukan Tahunan yang ke-52 di Sekolah Kebangsaan St. Peter/St. Paul Nanga buai Padeh.

Bagi membina bangunan baru untuk Sekolah Kebangsaan Nanga Ajau, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta.  Sekolah ini akan dapat menampung seramai 250 orang pelajar, katanya.

Katanya lagi, sekolah ini mempunyai keluasan 37 hektar di mana akan dapat menampung untuk membina blok pentadbiran, kantin, rumah kediaman guru, asrama, padang permainan, padang bola sepak, bangunan tadika dan juga bangunan serbaguna.

Projek pembinaan ini akan mengambil masa selama 1 tahun yang bermula mulai pada 2 Ogos 2009 dan dijangka siap pada 3 Ogos 2010.

Jabu berkata, hasrat gagasan 1Malaysia untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu hati dapat diterapkan melalui instrument pendidikan secara formal atau tidak formal.

Generasi muda Malaysia perlu berilmu, berfikiran kreatif dan inovatif serta memiliki sifat jati diri selaras dengan falsafah pendidikan yang berteraskan prinsip Rukun Negara mampu melahirkan generasi Malaysia yang berwibawa dan berwawasan, tambah beliau.

Di majlis yang sama beliau menyerahkan cek bernilai RM180, 000 sebagai bantuan daripada kerajaan untuk sekolah berkenaan bagi memperbaiki bilik darjah dan menjalankan beberapa aktiviti sekolah.

Turut berucap di majlis yang sama, Mai Unya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan St. Peter/St. Paul berkata beliau amat berterima kasih kepada ibubapa yang telah memberikan kerjasama terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.  Ini telah memberikan peluang kepada murid-murid sekolah untuk mempraktikan kemahiran yang mereka pelajari sepanjang tahun.

Katanya lagi aktiviti seumpana ini akan dapat memupuk semangat juang disamping merapatkan hubungan silaturahim dikalangan kakitangan sekolah dengan ibubapa.

Jabu kemudian turut melawat tapak pembinaan Sekolah baru bagi Sekolah Kebangsaan Nanga Ajau sebelum berangkat pulang ke Kuching.

Turut hadir di majlis ialah Robert Lawson Chuat ADUN Bukit Saban, Romie Sigan Residen Bahagian Betong dan ketua-ketua jabatan di Bahagian Betong.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article