- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Program Latihan Asas Sukarelawan Muda Rela

Must read

Selaras dengan penetapan mengurangkan jenayah adalah salah satu daripada enam bidang keberhasilan utama nasional (NKRA), YAB. Perdana Menteri pada 21 Julai 2009 telah mengumumkan dan mensasarkan pengurangan jenayah jalanan sebanyak 20% menjelang akhir tahun 2010 sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di peringkat kebangsaan. Selain itu, YAB. Perdana Menteri juga telah menetapkan supaya pasukan RELA dilatih semula bagi membantu meningkatkan persepsi masyarakat awam mengenai keselamatan.

Dalam usaha mencapai sasaran NKPI-mengurangkan jenayah jalanan yang diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diberi tanggungjawab untuk membantu KDN dalam menjenama semula RELA supaya pasukan ini dapat menarik minat dan dianggotai oleh golongan belia. Penjenamaan semula RELA ini adalah merupakan salah satu initiatif bagi menghapuskan persepsi bahawa keanggotaan Pasukan RELA hanya terdiri daripada golongan pesara dan warga berusia.

KBS menerusi program sukarelawan dan kerjasama KDN telah memperkenalkan dua siri Latihan Asas Sukarelawan Muda RELA yang sedang berlangsung di Pusat Rela Selambau, Kedah dan Pusat Latihan RELA Sungai Undang, Melaka. Tempoh latihan mulai 12-18 November 2009 ini diikuti oleh 300 orang belia yang dipilih daripada berbagai kumpulan belia seperti Sukarelawan  Remaja Rakan Muda, ahli persatuan belia dan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara. Latihan ini adalah merupakan kerjasama KBS dan KDN yang pertama diadakan dalam usaha menjenama semula RELA dan menyediakan work force bagi membantu pihak PRDM dalam meningkatkan rondaan pencegahan jenayah jalanan menerusi program sukarelawan Polis (PVR).

Majlis Penutup Program Latihan Asas Sularelawan Muda Rela disempurnakan oleh YB. Dato’ Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 18 November 2009 bertempat Pusat Latihan RELA Sungai Udang, Melaka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article