- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kepentingan Penuaan Aktif

Must read

art-468-01Berjoging adalah salah satu aktiviti yang dapat melambatkan proses penuaan dan penyusutan otak

Menurut Dasar Warga Emas Negara, penuaan aktif didefinisikan sebagai proses mengoptimumkan peluang dan penglibatan warga emas dalam keluarga dan masyarakat ke arah mendayaupayakan warga emas untuk meningkatkan kesejahteraan hidup.

Dengan kata lain, penuaan aktif membolehkan warga emas melakukan sebarang aktiviti samada secara sendirian, bersama ahli keluarga atau masyarakat untuk kesejahteraan hidup mereka.

Penuaan aktif penting untuk mengekalkan peranan warga emas dalam keluarga dan masyarakat sebagai individu yang masih mampu berdikari, sihat, aktif, produktif dan positif.

Secara tidak langsun,g peranan ini dapat mengurangkan stereotaip negatif (anggapan negatif) kepada warga emas yang seringkali dianggap sebagai golongan yang lemah dan membebankan.

Penuaan aktif juga akan dapat membantu mengurangkan tekanan akibat kehilangan peranan dari aspek persaraan atau kematian pasangan.

Warga emas yang aktif akan dapat membentuk identiti, mempunyai ramai kawan dan memiliki sumber sokongan apabila diperlukan.

Disamping itu, interaksi dengan generasi muda pula akan mengurangkan jurang perbezaan antara generasi serta dapat meningkatkan nilai hormat menghormati antara satu sama lain.

Penuaan aktif juga dapat mengurangkan risiko menghadapi masalah psikologi termasuklah kemurungan, kesunyian yang akhirnya boleh mengakibatkan perasaan sensitif meningkat .

Misalnya merasakan diri tidak dihargai, membebankan atau mengalami halusinasi sehingga melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri serta insiden bunuh diri.

Merujuk kepada kajian yang dilakukan oleg Alden pada tahun 2011, warga emas yang aktif secara sosial dan kekal meningkatkan interaksi dengan orang lain lambat mengalami kemerosotan kesihatan berbanding warga emas yang kurang terlibat dengan masyarakat.

Mereka juga lebih mudah mendapat informasi mengenai kesihatan dan bermotivasi untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan berbanding warga emas yang kurang aktif.

Warga emas yang aktif akan dapat membantu negara mengurangkan perbelanjaaan kerajaan dalam aspek kesihatan, penyediaan kemudahan dan perkhidmatan sosial seperti penyediaan rumah orang tua, bantuan kewangan dan keperluan lain yang sewajarnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article