- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

Jabatan Ketua Menteri, Merintis Usaha

Must read

Ke Arah  Penarafan 5 Bintang

Penilaian melalui Penarafan Bintang dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi pengiktirafan kepada agensi-agensi sektor awam yang telah membuktikan prestasi cemerlang dalam pengurusan organisasi secara keseluruhan.

Idea untuk mewujudkan penilaian Penarafan Bintang sebenarnya bermula pada tahun 2006 dengan berpandukan sistem penggredan prestasi agensi yang pernah diamalkan oleh kerajaan pada awal tahun   1980an.

Namun demikian, Penilaian Penarafan Bintang mula dilaksanakan pada tahun 2007 dan kini telah memasuki tahun ketiga perlaksanaannya. Langkah untuk melaksanakan Penarafan Bintang ini menunjukkan kesungguhan serta komitmen Kerajaan terhadap penerapan budaya  pengurusan organisasi cemerlang dan berprestasi tinggi.

Dengan adanya Penarafan Bintang, penjawat awam akan berusaha sedaya upaya untuk menggembleng tenaga dengan komitmen tinggi bagi memastikan dasar, program dan aktiviti yang digubal dan dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan efektif. Ini kerana, menerusi penilaian bintang, terdapat kriteria tertentu meliputi pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan perlu dipatuhi.

Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sarawak yang bertanggungjawab terhadap Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak tidak ketinggalan untuk mencapai standard penarafan bintang tersebut dalam memastikan ia terus relevan serta seiring dengan pembangunan negeri.

JKM yang turut mempunyai beberapa buah jabatan dan unit dibawahnya bersedia mengalas amanah dan tanggungjawab ini dan merintis usaha untuk melangkah ke hadapan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Proses pelaksanaan Penarafan Bintang di Jabatan Ketua Menteri (JKM) bermula dengan mesyuarat bersama di antara Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah-pengarah unit di Jabatan Ketua Menteri dan Ketua Pengarah MAMPU yang diadakan pada bulan Februari 2009.

Dalam mesyuarat tersebut, difahamkan bahawa lbu pejabat MAMPU Putrajaya, akan melaksanakan penilaian Penarafan Bintang di semua Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri mulai tahun 2009.

Ia kemudiannya disusuli dengan Bengkel Sistem Penarafan Bintang yang telah diadakan pada 18 hingga 19 Ogos 2009 dengan di akhir bengkel tersebut, "Focal Person" telah dilantik dari setiap Unit di bawah JKM yang bertindak sebagai penyelaras Pasukan Petugas bagi membantu kerja-kerja pengumpulan maklumat berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Kemudiannya bermulalah kerja-kerja pengumpulan maklumat yang dilaksanakan adalah seperti berikut yang merangkumi mengenalpasti dan mengumpul maklumat, menyemak semula dan menilai maklumat dan mengemaskini dan mengkompil maklumat.

Pada bulan September 2009, satu mesyuarat Panel Pemantauan Kualiti yang dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak bersama-sama dengan semua Pengarah di JKM telah diadakan.

Mesyuarat ini tersebut membincangkan pelaksanaan pelbagai inisiatif kualiti di peringkat negeri dengan  satu taklimat khas berkenaan dengan Penarafan Bintang telah disampaikan oleh pihak lbu Pejabat MAMPU Putrajaya.

Semua Unit telah mengemukakan data yang relevan kepada pihak Urusetia Penarafan Bintang pada 20 Oktober 2009 untuk semakan. Bagi memastikan bahawa data yang dikemukakan menepati kriteria yang ditetapkan, satu Pasukan Pemeriksa Dalaman telah dilantik pada 21 Oktober 2009.

Antara terma rujukan pasukan ini adalah meneliti dan menyemak data yang telah dikemukakan oleh setiap unit berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, membuat komen dan cadangan bagi menambahbaik dan memantapkan data yang telah dikemukakan oleh setiap unit; dan membina kerangka kerja (frame work) untuk menyemak data yang telah dikemukakan oleh setiap unit.

Pada 27 Oktober 2009, satu taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti (HRDQ), JKM kepada Pasukan Pemeriksa Dalaman yang menjelaskan terma rujukan pasukan tersebut.

Pada sesi tersebut juga, dua senarai semak telah dirangka bagi tujuan penyemakan data.

Data berkenaan seterusnya disemak oleh Pemeriksa-pemeriksa Dalaman. Proses tersebut telah selesai pada 3 November 2009 dan Pemeriksa Dalaman telah mengemukakan komen dan ulasan masing-masing.

Seterusnya, dalam tempoh satu minggu, proses pemurnian data telah dilaksanakan bermula 4 hingga 9 November 2009. Namun begitu, bagi memantapkan lagi data yang telah dikemukakan, 'Focal Person' dari setiap unit telah mengadakan perbincangan secara bersemuka dengan Pemeriksa Dalaman. Data dari setiap unit ini diperbaiki lagi oleh unit masing-masing dan proses ini selesai pada 11 November 2009.

Pada peringkat seterusnya,  satu Bengkel penyiapan dokumen Penarafan Bintang diadakan pada 12 hingga 15 November 2009 untuk menggabungkan semua data tersebut.

Proses tersebut dilaksanakan oleh satu Pasukan Petugas Pendokumentasian yang terdiri daripada semua "Focal Person" dan Pasukan Petugas dari setiap unit di JKM.

 


 

 

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article