Akan Diumumkan Pada 30 Mac
Model Ekonomi Baru(MEB) pada peringkat pertama akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Mac ini (2010).
Manakala MEB, peringkat kedua pula akan diumumkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Menurut beliau, ia akan berdasarkan dua (2) peringkat. Peringkat kedua akan menjadi sebahagian daripada RMK-10 dan tidak lama selepas itu, yang bergantung kepada prosesnya.
“Ini dilaksanakan kerana mahu mendapatkan pandangan semua pihak yang berkepentingan," katanya kepada pemberita selepas menerima secara rasmi Laporan Tahunan 2009 PEMUDAH dan melancarkan Buku Garis Panduan Pendaftaran Hartanah di Malaysia baru-baru ini.
MEB , menurut beliau dijangka serta diyakini lebih ampuh bagi melonjakkan negara bagi mencapai status negara maju dan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote