- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Transformasi Politeknik Bakal Memberi Imej Baharu

Must read

Kekal Relevan Dalam Memenuhi Keperluan Semasa


Politeknik perlu mentransformasikan institusi tersebut agar ia terus kekal relevan bagi memenuhi keperluan semasa serta cabaran global.


Menyahut cabaran tersebut, Politeknik telah bersedia melalui Pelan Transformasi Politeknik tersebut dan salah satu usaha adalah bagi memastikan Politeknik dinaiktaraf kepada Politeknik Premier pada masa akan datang.


Perkara ini dijelaskan Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Tuan Haji Abd.Rahman Khalid ketika berucap pada majlis Konvokesyen ke-18 sebentar tadi.


Jelas beliau, Kementerian Pengajian Tinggi telah melancarkan Transformasi Politeknik selaras dengan inisiatif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Transformasi Politeknik menetapkan bahawa Politeknik perlu diperkasakan dengan imej baharu supaya ia mampu menarik minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menjadikan Politeknik sebagai institusi pilihan utama khususnya Politeknik Kuching Sarawak.


"Diharap dengan transformasi ini, Politeknik Kuching Sarawak mampu menerobos sempadan baharu dalam membangunkan modal insan secara holistik dan berdaya saing serta menyerlah di persada antarabangsa. Kami juga akan terus berusaha untuk memastikan Politeknik Kuching Sarawak bakal menjadi Politeknik Premier akan datang." Demikian harapan Tuan Haji Abd. Rahman ketika mengakhiri ucapannya.


Seramai 1,381 graduan iaitu 788 graduan daripada sesi Januari 2009 dan 593 graduan daripada sesi Julai 2009 menerima sijil dan diploma masing-masing. Mereka terdiri daripada graduan lulusan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Jabatan Perdagangan serta Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


Sepanjang tahun 2009, Politeknik Kuching Sarawak telah memperoleh pencapaian yang membanggakan dalam pelbagai bidang. Daripada aspek akademik, peratus kelulusan pelajar adalah sebanyak 96.34 peratus pada sesi Januari 2009.


Manakala bagi sesi Julai 2009, peratusan kelulusan pelajar sebanyak 95.39 peratus,"demikian menurut Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Tuan Haji Abd.Rahman Khalid ketika berucap pada majlis tersebut.


Tambahnya, sebanyak 13.5 peratus pelajar mencapai Purata Nilai Mata (PNM) melebihi 3.50 pada sesi Januari 2009 manakala bagi sesi Julai 2009 adalah sebanyak 14.76 peratus. Analisis data peperiksaan juga menunjukkan sebanyak 13 peratus untuk kedua-dua sesi mencapai HPNM melebihi 3.50


Sehingga kini, PKS telah berjaya melahirkan seramai 16,512 graduan dan diharap agar jumlah ini terus meningkat sekaligus menjadikan PKS antara plihan utama lepasan pelajar.


Sempena Majlis Konvokesyen ke-18, Politeknik Kuching Sarawak ini juga mengadakan beberapa lot pameran oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta serta pelbagai lot gerai jualan turut dibuka bagi memeriahkan lagi majlis konvokesyen tersebut.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article