- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Peranan Pemimpin Dalam Mewujudkan Kerjasama Dalam Pasukan Kerja

Must read

art-505-01

Seorang pemimpin memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap ahli pasukan dapat bekerjasama dan bersatu padu untuk melaksanakan sesuatu tugas kerana dengan adanya kerjasama yang baik, matlamat organisasi akan dapat dicapai dengan berkesan.

Pemimpin sesebuah pasukan bertanggungjawab memimpin kumpulan atau pasukan kerjanya yang terdiri daripada beberapa orang subordinat untuk mewujudkan kerjasama yang dapat melahirkan sinergi positif melalui usaha yang terkoordinasi dan terselaras.

Berbanding secara individu, hasil kerja atau prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan kerja adalah lebih daripada jumlah input yang disumbangkan.

Misalnya melalui sumbangan idea dan inovasi secara berpasukan, pekerja dapat menghasilkan prestasi dan output kerja yang mempunyai nilai tambah yang tinggi atau lebih besar tanpa ada sebarang pertambahan input.

Mengambil contoh sesebuah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), apabila adanya kerjasama yang erat daripada semua ahli pasukan, pasukan tersebut pasti akan dapat meraih kemenangan walaupun perlu bersaing dengan berpuluh-puluh pasukan yang lain.

Berbicara tentang pasukan kerja, ia boleh didefinisikan sebagai satu atau lebih orang yang berinteraksi dan saling mempengaruhi untuk mencapai satu matlamat yang serupa.

Bagi mencapai matlamat dan tujuan yang serupa itu, setiap ahli pasukan harus komited untuk mencapai prestasi yang telah ditetapkan serta bertanggungjawab ke atas pendekatan dan kaedah yang digunakan.

Pada dasarnya, pasukan kerja dalam organisasi biasanya dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori formal yang bisanya melibatkan pasukan arahan, jawatankuasa serta pasukan projek dan pasukan kerja tidak formal.

Pasukan kerja formal dibentuk oleh pengurus untuk mencapai matlamat organisasi dengan melaksanakan tugas-tugas tertentu manakala pasukan kerja tidak formal dibentuk di luar bidang kuasa organisasi bertjuan untuk memenuhi keperluan sosial.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article