- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Pendekatan Berbeza Capai Matlamat Yang Sama

Must read

Urus tadbir dan pengurusan yang berbeza di dalam sesebuah organisasi serta pencapaian matlamatnya dapat diukur dengan kejayaan yang diperolehi dan dirasai oleh setiap kakitangan organisasitersebut.

Sebuah organisasi yang mantap dan teguh dapat diwujudkan dengan adanya kerjasama serta hubungan baik sesama pekerja baik yang diperingkat atasan mahupun bawahan.

Pelbagai pendekatan telah diwujudkan bagi memastikan kerajaan mencapai matlamatnya dalam mewujudkan sebuah organisasi tadbir yang berdaya saing dan maju. Antaranya seperti program Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK), Sejiwa Senada dan beberapa program lain yang turut diadakan bagi mencapai tujuan dan matlamat yang sama.

Bagi mencapai matlamat tersebut aspek ketepatan, responsif dan komitmen yang tinggi perlu ada pada setiap penjawat awam. Salah satu contoh yang baik ialah Program Pembangunan Pasukan (Teambuilding Programme) bersama dengan penduduk Kampung Sejijak, Matang yang dianjurkan Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri (HRM) dan Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti, Jabatan Ketua Menteri (HRDQ) pada tahun 2010.

Program yang berlangsung selama sehari ini melibatkan semua kakitangan dari Unit Pengurusan Sumber Manusia (HRM), Jabatan Ketua Menteri yang bermula seawal jam 6.30 pagi telah berkumpul di change to Program yang berlangsung selama sehari ini melibatkan semua kakitangan HRM yang bermula seawal jam 6.30 pagi; mereka telah berkumpul di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baru dan bertolak menggunakan perahu ke destinasi tujuan iaitu Kampung Sejijak, Matang bersama kumpulan masing-masing.

Di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, setiap kumpulan (mengikut perahu) telah diberikan tugasan penting iaitu menganyam ketupat dan membuat lemang. Manakala anyaman ini perlulah disiapkan sebelum setibanya di destinasi.

Tugasan ini diberikan untuk menguji setiap ahli kumpulan bagi mewujudkan suasana kerjasama dan tanggungjawab sesama ahli.

Ketibaan rombongan pasukan program ini disambut baik oleh penduduk kampung dan disajikan dengan kudapan ringan yang disediakan khas untuk para peserta. Setelah diberikan taklimat peserta sekali lagi dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diagihkan mengikut tugasan-tugasan tertentu. Penduduk yang “ringan tulang” turut membantu dengan menyediakan peralatan yang diperlukan dalam aktiviti tersebut.

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kampung, sekolah dan surau dimulakan dengan bantuan penduduk kampung. Semangat kerjasama yang jitu dan padu dapat dilihat dalam setiap individu yang terlibat, sama ada daripada peserta program mahupun penduduk kampung.

Selain aktiviti gotongroyong, acara sukaneka turut diadakan bagi menceriakan lagi suasana aktiviti sihat ini. Sukaneka ini juga antara aktiviti yang boleh digunakan untuk mewujudkan kesatuan, persefahaman dan bantumembantu sesama insan.

Pelbagai faedah yang didapati dan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti program ini. Mereka secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana harmoni dikalangan peserta mahupun dengan penduduk kampung. Sikap saling bantumembantu dalam pengendalian tugas sekaligus dapat dipraktikkan dalam pengurusan tugas seharian mereka di pejabat.

Selain daripada itu, peserta akan mendapat pengalaman baru di mana sikap kerjasama yang kuat serta tolak ansur dalam berpasukan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang mendalam dan kejayaan yang cemerlang terutamanya kepada sesebuah organisasi.

Peserta juga dapat berinteraksi sesama sendiri untuk merapatkan lagi silaturahim di kalangan kakitangan dan juga penduduk kampung. Interaksi yang sedia ada ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kakitangan dalam membentuk sebuah organisasi yang bertaraf dunia.

Sifat malu yang ada pada seseorang kakitangan kerajaan atau peserta dalam program ini juga dapat dikikis dengan adanya interaksi yang wujud secara tidak langsung dapat membentuk individu itu untuk menjadi seorang yang ‘baru’ dalam jabatan sekembalinya mereka ke organisasi.

Hubungan antara Ketua Jabatan dan kakitangan juga dapat diperbaiki melalui program ini. Peserta berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing tanpa mengira kedudukan dan standard dimana setiap peserta dilabel setaraf dan sedarjat dalam pengurusan tugasan yang telah diberikan.

Program ini juga mungkin pengalaman baru bagi sesetengah peserta dan secara tidak langsung boleh membantu untuk meningkatkan lagi daya pemikiran yang kreatif dalam menjalankan tugasan seharian di pejabat. Berteraskan pengalaman yang diperolehi daripada program ini peserta juga mampu mencetuskan idea-idea baru dari segi pentadbiran dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan individu khasnya dan kerajaan amnya.

Program “turun padang” beramai-ramai ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan. Disamping boleh mengeratkan lagi hubungan sesama sesama kakitangan, ia boleh menambahbaik hubungan antara rakyat dengan kerajaan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui program-program seperti ini juga sedikit sebanyak boleh menimbulkan idea-idea baru dalam pengolahan sistem pentadbiran bagi sesebuah organisasi yang sentiasa perlu dikemas kini.

Setiap peserta yang terlibat di dalam program ini diharap dapat mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai cabaran mendatang yang bakal, sedang dan akan wujud dalam urusan kerja harian mereka. Perlulah diingat bahawa setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya; begitu jugalah setiap kerumitan atau kepincangan didalam tugasan pasti ada jalan keluarnya.

Persefahaman, kesatuan dan kerjasama yang kuat perlulah wujud di dalam individu dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Tanpa nilai-nilai yang disebutkan, maka akan pincanglah organisasi tersebut. Sifat tolak ansur juga perlu ada dalam setiap kakitangan bagi memperbaiki dan mengekalkan hubungan sesama kakitangan dalam jabatan atau agensi.

Ibarat kata pepatah ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’. Pepatah ini amat sesuai diamalkan bagi memartabatkan organisasi tersebut sebagai sebuah organisasi yang unggul dan bertaraf dunia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article