CMEA 2010 Dalam pertandingan pada tahun-tahun sebelum ini hanya terdapat jumlah kategori yang terhad dan tahap pertandingan dilihat sebagai tidak seimbang, dan ini mengurangkan minat syarikat-syarikat atau badan-badan, terutama yang kecil, untuk turut serta. Ini dinyatakan oleh Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, YB Dato Sri Wong Soon Koh dalam satu sidang media berkenaan anugerah berkenaan setelah selesai mempengerusikan satu taklimat berkaitan di pejabat beliau di Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (KASKA) Sarawak, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya pada petang 30 Jun lalu. “Kita menjangkakan lebih ramai peserta akan mengambil bahagian dalam CMEA pada kali ini, yang kita harap akan menawarkan aras pertandingan yang lebih seimbang,” kata YB Dato Sri Wong mengenai pertandingan yang menyaksikan sebanyak 170 syarikat dan badan akan dijemput untuk mengambil bahagian. CMEA 2010 yang bertemakan “Global Warming – Unite to Combat Climate Change” itu dianjurkan bersama oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak serta Dewan Perniagaan dan Perusahaan Sarawak (SCCI). Ia juga akan dijayakan dengan kerjasama Pejabat Ketua Menteri Sarawak, KASKA, Kementerian Pembangunan Industri (MID), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Penyiaran Malaysia Sarawak, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) serta firma audit Ernst & Young. Sebanyak tiga kategori CMEA akan dipertandingkan pada tahun ini, iaitu Kategori Perusahaan Besar (mempunyai kakitangan sepenuh masa melebihi 150 orang dengan nilai jualan tahunan melebihi RM25 juta), Kategori Sederhana (kakitangan antara 51 hingga 150 orang, jualan tahunan antara RM10 juta hingga RM25 juta) dan Kategori Perusahaan Kecil (kakitangan antara 5 hingga 50 orang, jualan tahunan antara RM250,000 hingga RM10 juta). Kategori Perusahaan Besar akan dibahagikan kepada empat kategori kecil, iaitu bagi sektor-sektor minyak dan gas, pembinaan, perladangan dan pengilangan, Kategori Perusahaan Sederhana kepada kategori-kategori pembekalan dan perkhidmatan tenaga, padang-padang golf, hotel (3 bintang ke atas) dan pembinaan, serta Kategori Perusahaan Kecil yang dibahagikan kepada kategori-kategori kecil bagi stesen-stesen gas dan petrol (stesen-stesen Shell dan Petronas), pengangkutan dan logistik serta restoran. Pemenang-pemenang setiap kategori CMEA 2010 akan menerima sebuah piala dan sijil penyertaan, kebenaran untuk menggunakan logo anugerah bagi tujuan publisiti, pengiktirafan sebagai pertubuhan contoh yang komited ke arah perlindungan alam sekitar serta diskaun 50 peratus bagi yuran satu kursus perlindungan/program kesedaran alam sekitar yang dianjurkan oleh NREB dan SCCI. Kategori Perusahan Besar dan Sederhana akan menawarkan empat hadiah setiap satu, sementara Kategori Perusahaan Kecil tiga hadiah. Penyertaan bagi CMEA 2010 yang akan dibuka sehingga 30 Julai ini akan dinilai melalui penilaian yang terbahagi kepada dua fasa; Peringkat 1 dengan semua peserta dinilai melalui borang-borang penyertaan yang dikembalikan mereka oleh Jawatankuasa Teknikal, manakala Peringkat 2 akan melibatkan lawatan tapak oleh jawatankuasa tersebut ke lokasi-lokasi peserta yang telah disenarai pendek. “Dari sanalah (penilaian terhadap para peserta) kita akan dapat melihat rancangan-rancangan serta komitmen mereka terhadap alam sekitar serta pemeliharaannya,” kata YB Dato Sri Wong.
Anugerah-anugerah bagi CMEA 2010 dijangka akan disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam satu majlis yang akan berlangsung pada malam 2 November 2010 di Riverside Majestic Hotel, Kuching.
Lebih banyak pertubuhan dijangka menyertai
Penyertaan bagi Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) 2010 dijangka akan bertambah berbanding pada tahun-tahun sebelum ini, memandangkan pengembangan kategori-kategori penyertaannya pada kali ini.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote