- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Merealisasikan Idea Inovatif

Must read

art-527-01

Berinovatif memerlukan beberapa kaedah untuk menjana idea seperti dari melakukan ‘brainstorming’ hingga pemetaan minda yang dapat membantu menghasilkan idea berguna.

Dalam melalui proses ini, seseorang individu mesti terus fokus pada tujuan dan matlamat idea tersebut.

Penjanaan idea boleh dimulakan dengan berfikir atau tampil dengan tema serta melihat apa yang dapat dihasilkan.

Walau bagaimanapun, mencuba pelbagai variasi dalam idea yang sama perlu dielakkan. Walaupun tidak ada arah yang betul dalam menghasilkan idea atau teknik kreativiti lain dari awal hingga akhir, mewujudkan idea yang anda sukai dan merasakan idea tersebut berpotensi sebagai sesuatu yang inovatif adalah kuncinya.

Percaya dan yakin pada idea dan kebolehan inovatif akan memberikan keyakinan yang diperlukan pada kemudian hari.

Ramai orang telah berusaha untuk berinovasi, tetapi oleh kerana sesuatu produk atau hasil inovatif yang serupa sudah wujud, ianya dianggap sebagai satu penambahbaikan.

Untuk benar-benar inovatif, anda harus mengambil pemikiran yang bertentangan dan menggabungkannya – yang meningkatkan potensi inovatif idea anda.

Sebagai contoh, idea rekaan Burqini menggabungkan idea burqa yang dipakai oleh wanita Muslim dan fleksibiliti pakaian renang di pantai.

Idea inovatif kadang-kadang boleh mengagumkan tetapi banyak halangan yang berpotensi akan timbul dan sekadar mempunyai idea inovatif selalunya tidak mencukupi.

Seseorang yang inginkan idea inovatifnya dikomersialkan harus mempunyai tekad untuk mengatasi kegagalan.

Secara semula jadi, kebanyakan penemuan datang dari keperluan dan yang lain yang datang daripadanya adalah suntikan kreativiti.

Semasa melaksanakan idea kreatif dengan sumber yang ada, akan ada penyesuaian yang perlu anda buat.

Frans Johansson, iaitu penulis buku The Medici Effect mencadangkan supaya seseorang yang ingin merealisasikan idea perlu mengambil langkah permulaan paling kecil yang dapat dilaksanakan supaya tidak mendatangkan risiko terhadap kesemua idea asal.

Setelah menentukan langkah kecil, barulah skop risiko yang mungkin berlaku dapat dikenal pasti dan ini penting kerana kemudiannya anda akan mampu menghadapi cabaran dan menggunakan sumber dengan lebih berkesan dalam mencapai kejayaan.

Strategi adalah penting, namun untuk berinovatif, seseorang individu tidak boleh tersasar atau sesat dalam merancang dan memerlukan masa yang terlalu lama untuk melaksanakan sesuatu idea.

Oleh itu, terus bermotivasi untuk maju ke hadapan kerana biarpun menemui kegagalan, bergerak maju ke hadapan adalah kunci kejayaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article