Pasukan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menjuarai Kejohanan Bolasepak MAKSAK (Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan) 2014 setelah menewaskan pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Samarahan pada perlawanan akhir dengan jaringan 2 – 0.
Hadiah telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani merangkap Yang DiPertua MAKSAK Sarawak. Turut hadir ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin merangkap Timbalan Yang DiPertua MAKSAK Sarawak, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Datu Sajeli Kipli dan Rektor UiTM Sarawak Profesor Dato Dr. Jamil Haji Hamali.
Kejohanan yang bermula sejak 22 Februari dan berakhir pada 16 Mac telah diadakan di Padang Bolasepak Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).