- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Perhimpunan Jabatan dan Agensi Perseketuan sempena HADAK 2014

Must read

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak Encik Wan Madihi Wan Salleh (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Imigresen Sarawak YBhg Datuk Robert Lian Balangalibun di akhir Majlis Perhimpunan Jabatan dan Agensi Persekutuan sempena Memperingati Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADAK) 2014 anjuran AADK Sarawak di Auditorium Bangunan Sultan Iskandar, Kuching pada 18 Mac. Turut kelihatan ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak Encik Saiful Sungkih Abdullah.

Majlis diadakan bertujuan untuk mendidik dan mendapatkan sokongan daripada semua lapisan masyarakat termasuk penjawat awam agar sentiasa memerangi dadah di samping meningkatkan imej AADK sebagai agensi peneraju dalam memerangi dadah.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Robert Lian yang mewakili Setiausaha Persekutuan Sarawak mendedahkan statistik daripada AADK Sarawak yang menunjukkan penurunan jumlah penagih dadah yang dikesan di Malaysia sehingga November 2013 iaitu seramai 7,078 orang berbanding 8,468 orang dalam tempoh sama bagi tahun 2012.

Beliau juga menyeru ketua-ketua jabatan dan agensi Persekutuan Sarawak supaya mengawasi penjawat-penjawat awam agar tidak terjerumus dengan gejala penyalahgunaan dadah dan mengingatkan tindakan tegas akan diambil jika mereka didapati terlibat dengan dadah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article