- Advertisement -spot_img
4,807
published news
and counting

335 penjawat awam terima Pingat Perkhidmatan Setia

Must read

Seramai 335 orang penjawat awam daripada 15 agensi kerajaan dan jabatan kerajaan masing-masing dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia di Dewan Undangan Negeri (DUN) baru pada 14 Disember lepas.

Majlis penyampaian pingat yang disempurnakan Ketua Menteri , Pehin Sri Abdul Taib Mahmud itu menyaksikan Jabatan Pelajaran Negeri merupakan penerima terbanyak iaitu seramai 55 orang diikuti dari Polis DiRaja Malaysia iaitu 50 orang penerima.

Mengetuai senarai penerima ialah Puan Laura Lee Ngien Hion, 53, Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam sejak 1 Disember 1988. Antara penerima lain ialah pemangku Residen Kuching, Abdul Rahman bin Mohamad, 58 dan Jemain bin Hamdan, 54, juru teknik dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Jabatan atau agensi yang turut tersenarai ialah Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak dengan lapan (8) penerima, Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Kuching (10 orang), Dewan Bandaraya Kuching Utara (6 orang), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (11 orang) serta Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (20 orang).

Selain itu, seramai 40 orang penerima dari Lembaga Air Kuching, Lembaga Pelabuhan Kuching (29 orang), Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (8 orang), Jabatan Tenaga Kerja (6 orang), Kastam DiRaja Malaysia (38 orang) , Kementerian Pertahanan Malaysia (9 orang), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (32 orang) dan Jabatan Audit Negara seramai 13 orang.

Pengurniaan Pingat Perkhidmatan Setia diberikan kepada penjawat awam yang bertaraf tetap di dalam Perkhidmatan Awam di Negeri Sarawak, yang telah berkhidmat selama 20 tahun secara berterusan atau 25 tahun perkhidmatan terkumpul serta menunjukkan mutu perkhidmatan yang cemerlang.

Hadir sama pada majlis tersebut, Menteri Muda Alam Sekitar, YB Datuk Peter Nansian Ngusie ,Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani , dan Setiausaha Persekutuan Sarawak, YB Datuk Md Yahya Basimin, Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ybhg Datu Misnu Taha.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article