- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Keputusan SPM 2013 Terbaik

Must read

Pencapaian calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas (2013) di Sarawak mengikut nilai Gred Purata Negeri (GPN) ialah 5.31 juga mengambarkan keputusan peperiksaan yang terbaik dalam tempoh 10 tahun sejak 2004. Ini dapat dilihat daripada sejumlah 88 mata pelajaran yang diambil oleh calon telah menyaksikan 83 mata pelajaran ataupun 94.31 peratus mencapai peratusan kelulusan melebihi 80 peratus.

Daripada angka tersebut juga, sejumlah 51 (57.96 peratus) mata pelajaran mencapai kelulusan 100 peratus, 18 (20.45 peratus) mata pelajaran mencapai kelulusan 90 hingga 99.9 peratus sementara 14 (15.90 peratus) mata pelajaran mencapai kelulusan 80 hingga 89.9 peratus.

Berdasarkan GPS (Gred Purata Sekolah), terdapat (5) lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan berada pada kedudukan teratas di Sarawak ialah SM Sains Miri (1.70), SM Sains Kuching (1.81), Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Kuching (2.52), SMK St Elizabeth, Sibu (2.80) dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri (2.82).

Keputusan peperiksaan kali ini juga mencatatkan 14 buah sekolah luar bandar mencatatkan keputusan yang cukup memberangsangkan dalam kelompok 50 buah sekolah berprestasi baik.

Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri, YBhg Datu Abdillah Adam baru-baru ini yang turut merumuskan pencapaian sekolah di Sarawak adalah berada dalam kategori pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article