- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sambutan Earth Hour 2014

Must read

Earth hour disambut diseluruh negara pada setiap tahun, Sabtu terakhir pada bulan Mac. Ianya dimulakan oleh World Wildlife Fund (WWF) Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Earth Hour bermula dari jam 8:30-9:30 malam iaitu selama sejam dan ia bertujuan untuk membangkitkan kesedaran kita ke atas perubahan iklim dan supaya kita berusaha untuk menyelamatkan bumi.

Di Kuching, Dewan Bandaraya Kuching Utara sekali lagi telah menganjurkan Earth Hour yang disambut di perkarangan Padang Merdeka pada 29.Mac.2014, Sabtu lepas dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar Kuching. Antara acara pada malam tersebut ialah ‘earth walk’, berbasikal dan pameran.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (empat dari kiri) dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara YBhg Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai (empat dari kanan).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article