- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kerajaan Prihatin terhadap Kesihatan dan Pembangunan di serantau Bintulu

Must read

BINTULU, Ahad – Ketua Menteri Sarawak YB Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem hari ini mengucap tahniah dan syabas di atas usaha serta visi Amanah Saham Sarawak (ASSAR) dan juga Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk pembesaran Hospital Columbia Asia dan juga pembinaan pusat komersial.

“Dari perkampungan nelayan yang terkenal dengan belacan, bubuk dan cencaluk dan mempunyai penduduk sekitar 5 ribu orang 50 tahun dahulu, kini bandar Bintulu menjadi pusat perindustrian yang terkenal dan menjadi sebuah bandar yang semakin maju” kata beliau sempena Majlis Upacara Pecah Tanah bagi Projek Pembesaran Hospital Columbia Asia dan pembinaan pusat komersial bertempat di ruang parkir hospital Columbia Asia, Jalan Tan Sri ikhwan di Bintulu pagi tadi.

Kini dengan pertambahan penduduk lebih kepada suku juta orang maka Bintulu memerlukan hospital moden dan mempunyai peralatan yang canggih bagi keperluan pesakit-pesakit.

Pekerja-pekerja di kawasan perindustrian di Bintulu ini memerlukan kemudahan perubatan yang terbaik dan juga kemudahan seperti hotel dan juga pasaraya-pasaraya yang dapat memenuhi keperluan ketika mereka pergi ke hospital.

“Contohnya di Kuching, kita mempunyai beberapa hospital swasta yang baik bagi memudahkan bukan sahaja rakyat tempatan untuk menerima rawatan tetapi juga pesakit-pesakit dari negara jiran Indonesia,” tambah beliau lagi.

Hospital Columbia Asia yang sedia ada telah dibuka kepada orang ramai empat tahun yang lalu, merupakan hospital swasta pertama  dan terletak paling dekat dengan kawasan perindustrian Kidurong terutamanya yang berkaitan dengan perusahaan minyak dan gas, perladangan dan perkayuan.

Pembesaran hospital yang seluas 11.57 hektar dan mempunyai penambahan 6 klinik kepada 13 kesemuanya serta penambahan 17 katil menjadi keseluruhannya 32 katil serta dilengkapi MRI, mammogram (X-ray dan mesin CT Scan), fisioterapi, bilik latihan dan ruang makan.

Bagi pusat komersial Columbia pula menyediakan lot deretan kedai yang mempunyai 57 unit, hotel bajet yang mempunyai 150 bilik, menyediakan perbankan, farmasi, pasaraya dan sebagainya.

Menurut Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, hospital yang moden amat perlu dibangunkan bagi kemudahan penduduk-penduduk Bintulu dan juga pekerja-pekerja yang bekerja di kawasan perindustrian.

Dalam majlis tersebut, beliau turut membidas tindakan sesetengah pihak yang dianggapnya cuba memusnahkan kehidupan kira-kira 800 pekerja Press Metal Sarawak (PMS) di Mukah dengan menyebar propaganda kononnya ia mencemar alam sekitar.

Turut hadir di majlis tersebut Pengerusi Lembaga Pengarah ASSAR, YBhg Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd. Nor, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu, YBhg Datu Haji Mohidin Haji Ishak, menteri-menteri muda, dif-dif kenamaan, ketua-ketua jabatan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article