Hajah Salmah Ibrahim (kanan), Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Sarawak antara yang tersenarai sebagai penerima MRP N.50 Dalat bagi kawasan Kuching daripada Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah sempena dengan Majlis Penutupan ‘Seminar on Rights and Issues of Women and Children’ pada 28 April 2014.
Seminar yang berlangsung sehari tersebut turut menyentuh tentang usaha yang berterusan perlu bagi melindungi hak wanita dan kanak-kanak serta menjamin keselamatan mereka menerusi penambahbaikan rangka kerja dasar, undang-undang, rangka kerja institusi & program dari masa ke semasa.
Turut kelihatan Menteri Muda Pendididkan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, YB Puan Rosey Binti Haji Yunus.