Serian Rafting Challenge yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dengan jumlah penyertaan sebanyak 80 buah kayak dari pelbagai agensi kerajaan, perhotelan & pelancongan, pengajian tinggi dan masyarakat umum.
Acara bersempena Tahun Melawat Sarawak 2014 tersebut adalah anjuran Majlis Daerah Serian tersebut merangkumi perjalanan berakit sejauh 25 kilometer bermula dari Kampung Tema Mawang, Tebedu dan berakhir di Pekan Tebakang, Serian
Ia terbahagi kepada 4 kategori utama iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Jabatan Kerajaan dan sektor hotel dan pelancongan dengan jarak sepanjang 25km yang bermula di Kpg Tema Mawang dan berakhir di Pekan Tebakang.
Perjalanan yang menyusuri Sungai Serian/Kayan tersebut mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk ditamatkan oleh setiap peserta.
Memeriahkan acara tersebut turut diadakan ialah pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan karaoke dan juga sukaneka yang telah memasuki tahun keempat penganjurannya pada tahun ini.