- Advertisement -spot_img
4,799
published news
and counting

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri 2014

Must read

Datuk Dr. Haili bin Dolhan diarak masuk ke dewan menggunakan beca untuk menerima anugerah Tokoh Guru Sarawak 2014 ketika sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri yang berlangsung di Kingwood Hotel, Sibu pada 22 Mei.

Beliau yang berasal dari Sibu mula berkhidmat sebagai guru di SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching pada tahun 1973 seterusnya sebagai Penolong Kanan dan Pengetua di 10 buah sekolah sebelum menjawat pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Timbalan Ketua Nazir Negeri.

Datuk Dr. Haili bin Dolhan telah banyak memberi sumbangan dalam pelbagai perancangan pendidikan negara. Antaranya ialah penilaian dan pentaksiran peringkat rendah dan menengah serta dasar-dasar pembangunan pendidikan semasa dan masa hadapan termasuklah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia 2013-2025 dan pembangunan pendidikan luar bandar terutamanya sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Atas sumbangan tersebut, beliau sewajarnya layak dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Sarawak untuk tahun ini.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia sejak November 2013 dan merupakan anak jati Sarawak pertama menjawat jawatan tersebut.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article